| Salam sejahtera teman, Apa khabar ? Terima kasih kerana masih bersama kami di sini walaupun adakalanya tidak berkesempatan untuk sembang lebih lanjut di alam realiti. Sebahagian subscriber teman kita sudah berjaya dalam perniagaan internetnya dan saya tumpang bangga dengan kemampuan korang semua. Superb ! Dalam business yang penting adalah action. Bukan sekadar teori omongan kosong tapi seharusnya tindakan lebih pantas merebut segala peluang yang mendatang. Bak kata pepatah : "Actions speak louder than words..." Bagi newbie, rahsia sebenarnya adalah bertindak selepas mendapat ilmu-ilmu baru. Praktikkannya. Usah simpan. Rugi je nanti. Ibarat tanam pohon tanpa buah. Tiada hasil. Berikut saya ringkaskan 5 tips asas newbie yang patut tahu tentang ebiz atau perniagaan internet ini : - Setiap usahawan internet ataupun mana-mana businessman
patut mempunyai attitude (sikap) yang positive dalam hidup tidak kira di masa senang maupun sukar. Sikap yang positif ini membuka banyak ruang dan peluang untuk berjaya. - Hindari sikap malas. Inilah kanser yang menggagalkan
hidup kita. Saya sentuh mengenai 3 jenis malas yang cukup merbahaya. Kita wajar hindari sikap malas supaya mampu tingkatkan potensi diri mencapai kejayaan. - Mempunyai perancangan yang SMART. Sesetengah usahawan
gagal kerana kurang merancang dengan betul. Untuk mencapai matlamat kejayaan kita perlu ada kaedah SMART supaya ia lebih munasabah dan mampu dicapai. - Masa itu emas. Usahawan yang berjaya dapat mendisiplinkan
diri dengan masa yang produktif. Sebab itulah kita perlu ada pengurusan masa yang baik untuk memastikan tiada ruang pembaziran, lepak buang masa maupun menangguhkan kerja. - Formula FTP. Saya ditaja beribu ringgit utk mendapatkan
formula istimewa ini semasa training dulu. Formula ini cukup pragmatik. Gabungan Focus + Technique + Passion. Saya rasa cukup 3 elemen ini apa jua business sekalipun boleh berjaya hebat. Oklah setakat ini dulu tip-tip asas newbie dalam menceburkan diri dalam ebiz atau perniagaan internet ini. Di masa akan datang saya akan update tip yang lain pula. Boleh sebarkan tip ini di blog/web anda. Moga ia bermanfaat untuk semua. SHARING is CARING ! Terima kasih ! :) Salam sukses, Fahmy aka Code7 Admin rahsiaebiz.com & ebookjutawan.com Add me @ Facebook ~ facebook.com/code7 Add me @ Twitter ~ twitter.com/rahsiaebiz _________________________________________________________ Produk CD Grafik yang paling LARIS di Malaysia !! Sejak tahun 2007 pihak RahsiaEbiz mengeluarkan 4 jenis CD berasaskan segmen grafik digital berjaya menjual kesemua 3,500 unit sehingga hari ini. Anda boleh boleh lihat produk CD PhotoshopDesign Mania, CD IllustratorDesign Mania, CD Logo & Fonts , CD PowerPointMania di cd.rahsiaebiz.com Rebut peluang sebelum ia kehabisan stok, boleh buat tempahan dengan mengisi borang secepat mungkin. Handling process & delivery dalam masa 5 hari bekerja dengan Pos Ekspres dan Bonus bernilai $200usd diberikan ke dalam email. Info lanjut di cd.rahsiaebiz.com _________________________________________________________ | | |
RahsiaEbiz.Com, No. 76, Jalan 17/1A, Selangor, Selangor 46400, Malaysia
|
|
0 ulasan:
Catat Ulasan