Salam dan hai hk,
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah lebih 3 minggu kita berpuasa.
Kami mengajak hk untuk sama-sama mengambil peluang sepuluh
malam terakhir ini, iaitu malam yang dijanjikan bagi sesiapa yang
menghidupkannya untuk dijauhkan dari azab nereka. Moga kita semua
mendapat keampunan dari Allah swt.
Alhamdulillah, awal pagi kelmarin, kami telah berjaya menemuramah
seorang tokoh usahawan untuk dimasukkan dalam Edisi 6 Komik Niaga.
InsyaAllah, kami akan bawakan kisah kehidupan beliau pada Edisi 6 ,
yang akan dilancarkan pada 15 Oktober nanti.
Sedikit info tentang diri beliau :
"XXX dikenali sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia
(Mediacorp Singapore, 2010) dan juga dilabelkan di antara 20
individu usahawan kreatif paling berjaya di Malaysia (Dewan
Ekonomi, 2010).
Beliau yang merupakan pengasas kepada kumpulan jurugambar terbaik
negara, CandidSyndrome juga disenaraikan dalam TOP 10 OF MALAYSIAN
seganding dengan nama-nama besar lain seperti Datuk Jimmy Choo,
Datuk Seri Anthony Fernandes, Datuk Lee CHong Wei, Datuk Nicole
Anne David, Datuk Misbun Sidek dan ramai lagi."
Oh ya, siapa tokoh usahawan tersebut? Sekiranya nak tahu, nantikan
emel kami seterusnya. ;)
-------------------------------------------------------------------------------
Selamat Hari Raya - Maaf Zahir dan Batin
-------------------------------------------------------------------------------
Seandainya emel ini merupakan emel terakhir untuk minggu ini, kami
dahului dengan ucapan Selamat Hari Raya buat hk sekelurga.
Kami menyusun dua puluh jari (Ya, kami berdua! :D), memohon maaf
atas segala ketidaksempurnaan pada tutur kata yang tidak enak
didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan,
serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi.
Semoga Hari Raya kali ini memberikan 1001 kebahagiaan dan kejayaan
kepada kita semua.
Anak ikan berenang di kali,
Cekal mengharung deras airnya;
Ramadan itu pergi tak kembali,
Syawwal hadir syukur ditanda.
Salam Aidilfitri dari kami,
Aqif Azizan dan Hasbul Aqill
PS : Jualan ebook Rahsia Trafik masih lagi dibuka sekarang.
Kami sarankan hk dapatkan sekarang sebelum harga dinaikkan
dua kali ganda selepas ini
www.MajalahNiaga.com // www.KomikNiaga.com
FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
| To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?jMzsDOwsHLQsbOwMnGyMDLRGtIyMrGxsHEzM |
0 ulasan:
Catat Ulasan