Tujuan docs ini diwujudkan untuk memberikan definisi dan contoh tentang softselling dan bagi membezakannya dengan spam. Berikut merupakan kaedah softselling yang boleh diterima pakai.
1. Memberikan tips. Ini bertujuan membina kredibiliti anda. Apabila kredibiliti anda telah meningkat orang akan merujuk anda dan secara langsung juga orang akan tahu apakah perniagaan yang anda buat.
2. Memberikan bahan percuma. Kita boleh berikan bahan percuma seperti video dan ebook dengan syarat ia merupakan perkongsian ilmu dan bukannya sebagai alat pancing untuk menjual produk. Namun sebagai kredit dalam video dan ebook ini anda boleh letakkan link. Termasuk dalam teknik ini juga ialah menggunakan blog kita untuk berkongsi ilmu pengetahuan, dan dibenarkan meletakkan link blog sebagai rujukan.
3. Teknik NLCI dan teknik 'saya nak' tetap dibenarkan di KKIM. Namun dinasihatkan kita terlalu kerap menggunakan teknik ini bagi mengelakkan kebosanan.
4. Memaparkan hasil kerja anda. Anda juga boleh tunjukkan hasil kerja anda seperti grafik untuk tujuan mendapatkan pandangan dan kritikan rakan-rakan KKIM. Sebaik-baiknya nyatakan teknik yang anda gunakan supaya perkongsian tersebut menjadi perkongsian ilmiah juga.
5. Wujudkan perbincangan. Melalui perbincangan anda secara tidak langsung boleh mendedahkan bidang atau perniagaan anda juga. Namun perbincangan tersebut bukanlah terus berfokus kepada perniagaan anda sebaliknya menjadikan perniagaan anda sebagai contoh rujukan sahaja.
Semua panduan di atas merupakan rujukan asas sahaja di KKIM ini. Semua panduan ini boleh dipinda atau digubal atas perbincangan dan undi ahli-ahli di KKIM.
0 ulasan:
Catat Ulasan