Berikut merupakan peraturan asas Group KKIM. Peraturan ini sebenarnya telah diwujudkan sejak tertubuhnya group KKIM. Ia diluluskan hasil undian ahli yang dilakukan secara demokrasi dan bukannya hasil olahan Admin semata-mata.
1. Setiap ahli KKIM wajib mematuhi peraturan asas ini.
2. Kegagalan mematuhi peraturan akan diberikan amaran sebanyak 2 kali.
3. Sekiranya ahli mengulangi kesalahan yang sama sebanyak 2 kali setelah diberikan amaran, keahlian KKIMnya boleh digugurkan dan diblok daripada menyertai KKIM lagi.
4. SPAM adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ahli yang melakukan SPAM akan dinasihatkan terlebih dahulu sebelum postnya dipadam. 1 cadangan dan 5 sokongan diperlukan sebelum mengesahkan sesuatu post sebagai SPAM dan seterusnya akan dipadam.
5. Program headhunting tidak dibenarkan sama sekali dan akan dipadam tanpa sebarang notis.
6. Pengiklanan dibenarkan di tempat yang telah disediakan. Sila rujuk docs yang berkenaan.
7. Ahli tidak dibenarkan membuat docs baharu. Hanya 8 docs asas yang perlu dikekalkan dalam group ini. Docs lain yang dibuat oleh ahli akan dipadam tanpa sebarang notis. Docs baru hanya boleh diwujudkan oleh admin untuk tujuan memudahkan urusan KKIM.
8. Ahli juga tidak dibenarkan mencipta event. Hanya event anjuran KKIM atau dengan kerjasama KKIM sahaja yang boleh dicipta di group KKIM ini.
9. Cabaran, pertandingan dan event peribadi atau luar KKIM boleh ditulis di Forum KKIM.
10. Peraturan ini boleh dipinda dan digubal dari semasa ke semasa mengikut sistem demokrasi KKIM, iaitu melalui perbincangan dan undian di semua ahli di group KKIM. Ahli tidak dibenarkan mencipta peraturan sendiri tetapi boleh mencadangkan peraturan untuk dibincangkan dan akhirnya diundi oleh ahli-ahli KKIM.
0 ulasan:
Catat Ulasan