Perniagaan internet cukup menguntungkan kerana kos permulaan yang rendah. Terdapat banyak cara untuk buat duit secara online. Mengikut statistik pengguna internet didunia mencecah 999 juta pengguna. Di Malaysia sahaja pengguna internet mencecah 9.5 juta pengguna. Peluang anda mendapat pelanggan adalah 80% melalui internet.
Sebelum anda memulakan perniagaan internet atau buat duit online anda haruslah membina strategi atau mengambil langkah untuk menjana keuntungan yang maksimum.
1. Produk
Pemilihan produk adalah penting dalam perniagaan internet. Anda harus memilih produk yang mempunyai permintaan tinggi. Contoh produk yang lari di internet adalah produk kesihatan, buku, pakaian, alat elektronik dan banyak lagi. Cara senang untuk memilih produk adalah berdasarkan hobi anda. Katakan anda minat membaca. Anda boleh menjual buku, surat khabar atau majalah secara online.
2. Laman Web
Laman web merupakan tapak perniagaan internet. Sebelum membina laman web atau website and perlu menyewa domain name dan hosting. Kos menyewa adalah seratus ringgit setahun atau sepuluh ringgit sebulan. Cukup murah daripada menyewa kedai.
3. Pemprosesan Bayaran
Anda boleh memilih pelbagai bayaran. Contoh pemprosesan kad kredit, pindahan wang secara online dan wang pos. Contoh pembayaran secara online yang popular dan anda boleh gunakan. www.paypal.com (proses kad kredit) dan www.maybank2u.com.my (pemindahan wang online)
4. Promosi
Promosi adalah paling penting yang anda perlu ambil berat. 90% perniagaan internet gagal kerana kurang promosi. Antara cara promosi yang berkesan adalah melalui forum, email, menyewa tapak iklan dan menulis artikel.
Inilah empat langkah asas sebelum memulakan perniagaan internet atau buat duit online. 4 langkah ini penting sebelum anda menjalankan perniagaan internet.
++++++++++++
Helmi Kimsui
HK Network
Semporna
Sabah
++++++++++++
๐ช๐๐ก๐๐ข๐ช๐ฆ 10 ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐จ๐๐ 14/10/2025
๐๐ก๐.
-
Seperti yang telah di war-warkan sebelum ini di media sosial & internet.
Akhirnya dukungan Windows 10 (End of Support) sah akan dihentikan.
Microsoft ak...
