Apa khabar , bagaimana dengan fan pages Helmi, 
 dah buat ke belum tu? 
 Ini saya nak kongsi sedikit apa beza fan pages dan
 facebook group. Soalan ini ramai tanya saya, jadi
 saya pun nak kongsikan disini juga. 
 Pilihan saya kedua-duanya, 
 Bergantung pada strategi, 
 STRATEGI GROUP, 
 Untuk mendapatkan kuasa beli ianya berada di group, 
 anda add orang yang terlibat dengan add dari pages/ group/ event 
 hasil dari search facebook. Kemudian masukkan mereka dalam group. 
 Buat education iaitu sentiasa memberi maklumat terbaru, 
 mengajar, sharing. Kemudia gunakan teknik contohnya 
 5 sharing 1 promosi dan sebagainya. 
 Hasil dari casestudy, purchasing power lebih dalam group 
 kerana beberapa keunikan seperti, - tertutup (rasa lebih secure) , 
 anda boleh update terus, anda boleh blast message dan 
 yang terbaru anda boleh masukkan comment terus popup 
 tanpa perlu REFRESH!
 STRATEGI FAN PAGES,
 Fan pages juga terdapat kuasa beli, tetapi dari segi saikologinya, 
 fungsi fan pages ialah membina  kreibiliti, dengan erti kata mudah , 
 lagi banyak fans lagi tinggi kredibilit. 
 Kenapa kredibiliti penting? 
 Ini akan memberikan kuasa AUTHORITY yang boleh mempengaruhi
  lebih ramai orang lain untuk MENDENGAR apa yang anda sampaikan. 
 Group VS Fan Page, 
 Bagi saya, strategi kedua-dua  ini perlu digunakan, contohnya anda 
 boleh mula dengan GROW  group dulu, atau anda boleh GROW 
 komuniti dengan fan page. 
 Kedua-dua ada kebaikan, FAN PAGE lebih bersifat komersial 
 kerana boleh disearch dengan search engine. Malah bahagian 
 application yang dinamakan discussion juga memberi pengaruh 
 SEO seperti CONTENT dalam BLOG. 
 Izinikan saya berkongsi satu Strategi Fan Page yang saya gunakan, 
 Strategi untuk fan page ialah ENGAGEMENT, ini bermaksud 
 anda berjaya CAPTURE fans anda supaya mereka 'like' atau 
 mereka 'comment' fan page anda. 
 KESAN 'LIKE' dan 'COMMENT' inilah yang memberikan 
 kuasa VIRAL , dimana like dan comment ini akan dishare 
 pada NEWSFEED orang yang 'like' dan 'comment' tadi. 
 Jadi bukan sahaja berpuluh, beratus, malah beribu orang 
 akan alert dengan apa yang berlaku dengan fan page anda. 
 APA CARA PALING MUDAH UNTUK ENGAGE 
 DENGAN FANS?
 Begini,
 Cara paling mudah ialah bertanya soalan, dan paling efektif 
 buat masa ini ialah dengan buat 'OPEN ENDED QUESTION' . 
 Contohnya, 
 Saya dah buat pelbagai cara nak kuruskan badan, semua tak jadi, 
 ANDA ADA IDEA TAK MACAM MANA NAK KURUS CEPAT ini?
 Jadi dengan cara diatas anda telah engage fans supaya mereka menjawap. 
 Apabila jawap sahaja, anda terus VIRAL!
 Selepas itu ,kaitkan lagi dengan ucapan yang RESPECT dan 
 APPRECIATE mereka, Cakap terima kasih, dan mula tanya 
 soalan lain pula. Jangan berhenti setakat itu sahaja. 
 Okay, itu sahaja setakat ini, 
 Luv, 
 Gero Azrul
 fb - mohdazrulfans / geroazrulfans
-
Home Office,, Taman Prima Tropika, Seri Kembangan, Selangor 43300, MALAYSIA
| To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?jMws7KwszLQsnGycrBxsTLRmtBwszEysHJw= | 

 
 

0 ulasan:
Catat Ulasan