Perniagaan internet adalah cara buat duit secara online yang sangat menguntungkan. Tambahan lagi anda boleh buat duit online hanya di rumah. Perniagaan internet sama seperti perniagaan sebenar iaitu anda memerlukan barang atau produk untuk dijual. Sekiranya anda tiada produk anda masih boleh menjana pendapatan di internet. Contoh perniagaan internet tanpa produk adalah seperti di bawah.
1. Affiliate
Affiliate adalah anda menjadi agen atau rakan niaga sesebuah perniagaan. Contohnya Ahmad menjual buku mengenai bagaimana untuk membaiki komputer berharga RM 100. Anda berminat menjual buku Ahmad dan anda menyertai program affiliate Ahmad dengan syarat setiap jualan anda menerima RM 50 dari Ahmad. Affiliate sangat bagus untuk anda yang masih baru dalam perniagaan internet.
2. Dropship
Dropship sama konsep dengan affiliate. Bezanya anda menjual barang atas nama anda. Contohnya Ahmad menjual komputer berharga RM 1300. Anda berminat menjual komputer dan anda menyertai program dropship Ahmad di mana anda dapat harga murah dari ahmad contohnya RM 1000. Bila ada orang beli komputer dari anda dengan harga RM 1200, anda memesan barang melalui Ahmad dengan harga RM1000 dan ahmad sendiri akan menghantar komputer itu ke pelanggan anda. Baki RM 200 anda simpan sebagai untung.
3. Adsense
Adsense adalah progam pengiklanan dari Google.com. Cara anda buat duit melalui adsense adalah anda meletak iklan google ke website atau blog anda. Anda akan dapat bayaran jika ada orang klik iklan google melalui website anda. Contohnya Anda menulis mengenai bola sepak selangor. Secara automatik iklan yang keluar di blog anda adalah mengenai bola sepak selangor. Contoh iklan yang keluar “beli jersi bola selangor”. Bila ada orang klik iklan tersebut anda dapat duit. Mudahkan.
Ini lah contoh perniagaan internet tanpa produk. Harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin buat duit online. Terima Kasih
++++++++++++
Helmi Kimsui
HK Network
Semporna
Sabah
++++++++++++
๐
๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ฉ๐ญ๐จ๐ฉ/Komputer ๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ
-
๐๐๐๐๐ข ๐
๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ฉ๐ญ๐จ๐ฉ ๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ
Manusia perlu untuk servis tubuh badan bagi peyingkirkan toksin serta
melancarkan p...
0 ulasan:
Catat Ulasan