RSS

9/27 Utusan Online - Sukan

Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future.
Utusan Online - Sukan Feed My Inbox

Pasukan pilihan langkah kanan
September 26, 2009 at 6:21 pm

KUALA LUMPUR - Aksi sulung Piala Malaysia musim ini menyaksikan pasukan pilihan, Selangor, Perlis, Johor FC dan Kelantan bermula langkah kanan apabila menang ke atas lawan masing-masing semalam.

Nicol teruskan kemaraan
September 26, 2009 at 6:21 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Nicol David hanya dipisahkan dua langkah lagi daripada merangkul kejuaraan dunia keempatnya apabila melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan skuasy Terbuka Dunia di Amsterdam, Belanda semalam.

Pemain negara kecundang
September 26, 2009 at 6:21 pm

KUALA LUMPUR – Kejohanan ATP ternyata bukan pentas pemain negara apabila kesemua wakil Malaysia gagal melepasi pusingan kelayakan pada kejohanan tenis ATP Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Davydenko bakal jumpa Dent atau Golubev
September 26, 2009 at 6:21 pm

KUALA LUMPUR - Pemain pilihan pertama, Nikolay Davydenko akan memulakan aksi kejohanan tenis ATP Terbuka Malaysia menentang sama pemain Amerika Syarikat, Taylor Dent atau pemain Kazakstan, Andrey Golubev pada pusingan kedua, Selasa ini.

RM308 juta bajet tahunan 1MF1T
September 25, 2009 at 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan sebanyak RM308 juta.

Bukan alasan, Chong Wei benar-benar sakit
September 25, 2009 at 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei tidak menggunakan kecederaan lutut sebagai alasan untuk tersingkir pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun kelmarin, sebaliknya dia benar-benar sakit, kata Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh.

Kedah tetap pertahan
September 25, 2009 at 4:41 pm

ALOR SETAR - Juara bertahan Piala Malaysia, Kedah bertekad untuk melupakan segala masalah yang melanda pasukan itu apabila meletakkan keutamaan untuk meraih tiga mata penuh dalam perlawanan pertama Kumpulan E menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malam ini di Stadium Darul Aman.

Persiapan rapi hebatkan persaingan
September 25, 2009 at 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Saingan Piala Malaysia yang bermula malam ini bakal menjadi tugas perit buat pasukan pilihan apabila terpaksa memulakan cabaran dengan aksi di tempat lawan.

Kelantan kekal taktik menyerang
September 25, 2009 at 4:41 pm

KOTA BHARU - Kelantan akan terus mengekalkan taktik menyerang bagi menempuh saingan Piala Malaysia malam ini biarpun bos kem latihan pasukan tersebut telah bertukar tangan.

Terbuka Malaysia: Johansson sahkan beraksi
September 25, 2009 at 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Bekas pemain No. 9 dunia, Joachim Johansson merupakan pemain terbaru yang mengesahkan aksi pada Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, mulai hari ini.

Cabaran skuad negara berakhir
September 25, 2009 at 4:41 pm

KUALA LUMPUR - Kekalahan beregu wanita No. 2 dunia, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui dan pasangan Zakry Latif - Fairuzizuan Tazari pada suku akhir kejohanan badminton Terbuka Jepun semalam, melengkapkan aksi hambar Malaysia di Tokyo.

Chong Wei, Mew Choo terkulai di Jepun
September 24, 2009 at 7:08 pm

KUALA LUMPUR - Kecederaan lama lutut kiri memaksa jaguh kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei melupakan impian untuk mengulangi kejuaraan pada 2007 kejohanan badminton Terbuka Jepun apabila tunduk di pusingan kedua semalam.

Kerah tenaga muda
September 24, 2009 at 7:08 pm

KUALA LUMPUR – Perak sekali lagi akan menggunakan pemain muda bagi saingan Piala Malaysia yang akan bermula esok menentang UPB-MyTeam.

Jengking yakin lemahkan Rusa
September 24, 2009 at 7:08 pm

JOHOR BAHRU - Johor yakin dapat menundukkan Negeri Sembilan biarpun menyedari pasukan pelawat mempunyai reputasi yang lebih baik menjelang perlawanan pembukaan kumpulan B pada kempen Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam esok.

FAP gugur 6 pemain termasuk kapten
September 24, 2009 at 7:08 pm

PULAU PINANG - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menggugurkan enam pemain termasuk kapten pasukan dalam usaha memantapkan pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia 2009 yang bermula esok.

F1 1Malaysia terbuka untuk belia
September 24, 2009 at 7:08 pm

LONDON - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia dan bos pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandes gembira melihat hasil kerja tangan pelajar Malaysia dalam saingan F1 in Schools di London, acara yang sama turut dilawati, penyandang juara dunia, Lewis Hamilton.

FAM cadang bentuk satu lagi skuad B-20
September 23, 2009 at 3:55 pm

KUALA LUMPUR – Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mewujudkan satu lagi pasukan bawah 20 tahun kebangsaan berikutan kejayaan yang diraih oleh skuad Harimau Muda.

Ranjau berduri menanti Selangor
September 23, 2009 at 3:55 pm

KUALA LUMPUR – Saingan Piala Malaysia yang bermula Sabtu ini bakal menyaksikan Kedah, Perlis serta Kelantan akan berhabis-habisan untuk menyekat Selangor daripada mencatat sejarah memenangi empat piala semusim.

Dua tidak lulus dipinjam ke Piala Malaysia
September 23, 2009 at 3:55 pm

KUALA LUMPUR - Hanya dua daripada 19 pemain yang tidak diluluskan untuk menyertai pasukan baru secara pinjaman dalam persaingan bola sepak berprestij negara, Piala Malaysia 2009 yang bermula Sabtu ini.

Pengalaman senjata utama Sathianathan
September 23, 2009 at 3:55 pm

KOTA BHARU - Jurulatih baru skuad bola sepak Kelantan, B. Sathianathan telah bersiap sedia membawa pasukan itu mengharungi cabaran kempen Piala Malaysia bermula Sabtu ini.

Terbuka Jepun: Chong Wei mara, Kien Keat-Boon Heong terkandas
September 23, 2009 at 3:55 pm

KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei melepasi ujian awal apabila mengetepikan cabaran pemain Thailand Boonsak Ponsana pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo, semalam.

Baghdatis, Dent hangatkan tenis Terbuka Malaysia
September 23, 2009 at 3:55 pm

KUALA LUMPUR - Jelajah ATP Proton Terbuka Malaysia terus disemarakkan lagi dengan kehadiran dua pemain tenis berpengalaman Marcos Baghdatis dan Taylor Dent.

Rejaman servis lawan masih jadi igauan
September 23, 2009 at 3:55 pm

KUALA LUMPUR – Menyambut servis lawan, bertahan dan keserasian gandingan adalah antara elemen penting yang memerlukan pemulihan dan peningkatan segera skuad elit sepak takraw menjelang Sukan SEA XXV di Laos, Disember ini.

Kelantan akhirnya pilih Sathianathan
September 22, 2009 at 2:13 pm

KOTA BHARU – Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan akan mengambil alih jawatan jurulatih skuad bola sepak Kelantan dalam kempen Piala Malaysia yang bermula, Sabtu ini.

Amar pikul dua misi berbeza
September 22, 2009 at 2:13 pm

KUALA LUMPUR – Tidak ada siapa yang mengenalinya sebelum ini, tetapi selepas tersenarai sebagai pemain kesebelasan utama skuad negara menentang Manchester United, namanya mula menjadi sebutan.

Selangor dapat 'permata' baru
September 22, 2009 at 2:13 pm

KUALA LUMPUR – Selangor menemui satu lagi 'permata' daripada skuad bola sepak bawah 20 tahunnya yang mampu diketengahkan ke Piala Malaysia mulai 26 September ini, hasil pendedahan dalam siri persahabatan pemanas badan, baru-baru ini.

Chong Wei hadapi ujian getir di Jepun
September 22, 2009 at 2:13 pm

TOKYO - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berdepan ujian getir apabila diundi bertemu Boonsak Ponsana seawal pusingan pertama badminton Terbuka Jepun yang akan bermula hari ini.

Hajat besar Hup Wei di Laos
September 22, 2009 at 2:13 pm

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja perlu mempertahankan pingat emas yang dimenangi, atlet lompat tinggi negara Lee Hup Wei tetap meneruskan hajatnya memecah rekod Sukan SEA milik Loo Kum Zee di Laos Disember ini.

Beri ruang kepada Rajagobal - FAM
September 21, 2009 at 6:37 pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta pengkritik sukan dalam negara agar memberikan ruang dan semangat kepada jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menjelang saingan di Sukan SEA, Laos hujung tahun ini.

Awasi taktik China pada cabaran remaja dunia
September 21, 2009 at 6:37 pm

KUALA LUMPUR - Walaupun berjaya menyapu empat daripada lima kejuaraan yang ditawarkan pada Kejohanan Remaja Asia, Julai lalu, namun gergasi badminton, China mungkin menampilkan beberapa muka baru pada Kejohanan Remaja Dunia di Alor Setar, bulan depan.

Noraseela sertai 400m di Laos?
September 21, 2009 at 6:37 pm

KUALA LUMPUR - Mungkinkah jaguh 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Khalid turut menyertai acara 400m pada Sukan SEA Laos Disember ini?

Perlis sedia hadapi Piala Malaysia
September 21, 2009 at 6:37 pm

KUALA LUMPUR - Selepas mengharungi tiga perlawanan persahabatan dan menjalani latihan pada waktu malam pasukan Perlis bersedia sepenuhnya untuk memulakan aksi Piala Malaysia yang bermula 26 September ini menentang Melaka.

Melinda masih berpeluang
September 21, 2009 at 6:37 pm

KUALA LUMPUR - Jaguh 3,000 lari berhalangan wanita kebangsaan Melinda Kaur masih berpeluang beraksi di Sukan SEA Laos Disember ini walaupun tuan rumah telah menolak supaya acara kegemarannya itu dipertandingkan.

Saya lebih bernasib baik - Safiyah
September 19, 2009 at 8:34 pm

SITI Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya mencipta impak besar ketika membuat penampilan sulung pada Kejohanan Boling Ranking Masters Dunia di Naples, Itali, April lalu apabila menjadi pemain termuda muncul juara pada usia 18 tahun.

Skuad basikal trek kebangsaan sertai empat siri Piala Dunia
September 19, 2009 at 8:34 pm

KUALA LUMPUR - Skuad trek kebangsaan akan menyertai kesemua empat siri Piala Dunia yang akan dipertandingkan tahun ini bagi memastikan lebih ramai pelumba negara layak beraksi ke Kejohanan Dunia di Denmark, Mac tahun depan.

Butler lesap dari Kelantan
September 18, 2009 at 6:45 pm

KOTA BHARU - Skuad Kijang yang sedang memasang impian tinggi di persada bola sepak negara, ditinggalkan secara mengejut oleh jurulatihnya Peter James Butler.

Kos kendalian pasukan tidak sampai RM1 bilion
September 18, 2009 at 6:45 pm

KUALA LUMPUR - Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir menafikan kos pengendalian pasukan lumba kereta Formula Satu (F1) negara, 1Malaysia Lotus F1 akan menelan belanja RM1 bilion setahun.

Akhirnya Chong Wei jumpa Lin Dan
September 18, 2009 at 6:45 pm

KUALA LUMPUR - Impian untuk menyaksikan Datuk Lee Chong Wei ( gambar ) bertemu musuh ketatnya, Lin Dan buat sekian kalinya tercapai apabila kedua-dua pemain itu menempah pertemuan separuh akhir perseorangan lelaki China Masters, hari ini.

Impian F1 Shahkirah hampir jadi kenyataan
September 17, 2009 at 6:42 pm

KUALA LUMPUR - Tatkala negara masih lagi subur dengan pengumuman penubuhan pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia, sudah ramai memasang impian untuk menduduki kerusi pemandu jentera F1 yang bakal dibangunkan oleh krew tempatan sepenuhnya.

Chong Wei mara menuju pertarungan dengan Lin Dan
September 17, 2009 at 6:42 pm

KUALA LUMPUR - Pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei ( gambar ) tidak berhadapan masalah besar untuk mara ke saingan suku akhir Siri Super China Masters apabila mengetepikan pemain England, Ouseph Rajiv 21-15, 21-8, semalam.

Amaran keras
September 17, 2009 at 6:42 pm

KOTA BHARU - Penjaga gol Kelantan, Halim Napi diberi amaran keras oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) supaya tidak mengulangi insiden memukul pemain atau sekali lagi berdepan tindakan disiplin daripada persatuan itu.

Rombakan dilihat amat perlu
September 17, 2009 at 6:42 pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui ada yang tidak kena dengan sikap pemain dan jurulatih negara, dan mahu rombakan menyeluruh dibuat baik daripada segi program latihan atau sasaran.

Jentera F1 1Malaysia diuji Januari
September 16, 2009 at 6:11 pm

KUALA LUMPUR - Pasukan Formula Satu negara, F1 1Malaysia dijangka bakal memulakan sesi ujian latihan jentera baru Januari tahun depan.

Pelumba negara bersemangat mahu pikul tugas
September 16, 2009 at 6:11 pm

KUALA LUMPUR - Ketika mana enam nama pelumba dari dalam dan luar negara disenarai pendek bagi dipilih menjadi dua pelumba utama F1 1Malaysia, ia pastinya menaikkan semangat pelumba muda negara, Fairuz Fauzy untuk mengalas cabaran itu.

BAM buat kejutan acara berpasukan
September 16, 2009 at 6:11 pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat pemilihan paling mengejutkan apabila mengetepikan pemain veteran yang semakin mempamer prestasi baik, Wong Choong Hann dan menyenaraikan pemain yang baru digugurkan daripada Terbuka Vietnam, Kuan Beng Hong untuk skuad ke Sukan SEA Laos, Disember ini.

Piala Malaysia penentu pemilihan pemain terbaik
September 16, 2009 at 6:11 pm

PETALING JAYA - Tiada lagi pengundian peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), nama popular atau pilihan dan kali ini diganti dengan pilihan terbaik serta pembabitan lebih besar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan menghiasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2009, November ini.

Terowong angin pertama luar Eropah
September 16, 2009 at 6:11 pm

KUALA LUMPUR - Pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia bakal mempunyai ibu pejabatnya sendiri di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) termasuk terowong angin, infrastruktur paling utama sukan tersebut yang dapat menguji sendiri reka bentuk aerodinamik jentera yang bakal dibangunkan oleh anak tempatan.

Chun Seang kena gantung 2 tahun
September 16, 2009 at 6:11 pm

KUALA LUMPUR - Pemain muda negara, Tan Chun Seang menerima padah akibat keluar daripada skuad badminton kebangsaan tanpa alasan munasabah apabila digantung dua tahun daripada sebarang kejohanan antarabangsa.

Hampir setengah juta habuan raya menanti pemain Selangor
September 16, 2009 at 6:11 pm

SHAH ALAM - Seperti dijanjikan kerajaan negeri, habuan Aidilfitri sebanyak RM456,750 bakal dinikmati 40 pemain, pegawai dan petugas sokongan pasukan bola sepak Selangor atas kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super musim 2009 dalam satu majlis penyampaiannya, semalam.

Felda intai pemain berpengalaman
September 16, 2009 at 6:11 pm

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak yang berpengalaman mewakili mana-mana pasukan bergelar juara, bakal menjadi buruan kelab Liga Perdana, Felda United sebagai persediaan beraksi dalam Liga Super, musim depan.
 

This email was sent to helmikimsui@gmail.comCreate Your Account
Don't want to receive this feed any longer? Unsubscribe here.

0 ulasan:

Preview

Finally, you've found a website that gives HONEST information about making money on the Internet, and shows you how to avoid the common Internet money making scams that are plaguing cyberspace. If you're looking for a get-rich-quick scheme, you won't find any information like that here. There's no such thing as "getting rich quick" on the Internet and if anyone has told you it's possible, they're lying to you. After earning a nice income on the web since 1998, I can show you what works and what doesn't. These articles below will provide good insight on how to experience your own online success. Enjoy.

"Orang berlari, sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba juga berlari, sebaliknya jadilah seperti sang kura2, bergerak mengikut kapasiti yang ada, yang penting.. SAMPAI!"
 
Copyright 2009 Helmi Kimsui Menulis.. All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes