Isnin lepas saya ada melakukan survey di:
http://www.usahaniaga.com/vipsurvey/index.php?nama=Helmi&email=helmikimsui@gmail.com
Jika Helmi telahpun mengisikan survey tersebut, ribuan terima
kasih saya ucapkan. Jika mahu isi lagi dengan soalan yang berbeda,
silakan. Tiada masalah untuk Helmi mengisikan 2 - 3 soalan
yang berlainan yang menjadi kemusyikilan Helmi selagi saya
belum menutup ruangan tersebut. :)
Buat pengetahuan Helmi, saya telah menerima hampir 200 keputusan
survey yang dikirimkan kepada saya dan semuanya telah saya baca.
Walaubagaimanapun, kesemua soalan tersebut belum saya jawab kerana
saya masih dalam proses mengumpul lebih banyak soalan survey. Jika
Helmi masih belum menerima jawapan, jangan risau. Saya
akan kirimkan jawapannya kelak.
Secara kasarnya, berikut adalah keputusan survey yang saya terima
buat setakat ini:
- 50% pengirim berminat dengan konsep "buat duit di internet" tetapi
tidak tahu caranya.
- 20% pengirim mengatakan telah banyak membelanjakan wang untuk
mendapatkan pelbagai ebook tetapi masih belum berhasil menjana
pendapatan.
- 15% sudah tahu membezakan tentang sesuatu bentuk "bisnes" dan
"program" yang ada di internet.
- 10% sudah pun menceburi perniagaan di internet dan ingin pergi ke
"level" yang lebih tinggi.
- 5% masih kurang percaya sama ada perniagaan internet ini adalah
benar ataupun tidak.
Berdasarkan daripada keputusan ini, kita dapat lihat semua orang
mahu / berminat untuk menjana pendapatan sampingan dari internet.
Internet adalah merupakan "medium" pemasaran masa kini. Pendapatan
menerusi internet terhasil adalah kerana wujudnya si penjual
dan juga si pembeli.
Perniagaan internet bukan sekadar menjual "ebook" tetapi pelbagai
produk lain boleh diniagakan seperti menjual kereta, baju, cadar
dan sebagainya.
Saya akan mengusahakan beberapa rujukan berdasarkan daripada soalan
survey yang saya terima. Apa Helmi boleh lakukan sekarang
ini adalah:
1. Lakukan pantauan terhadap permintaan pasaran di internet.
Bagaimana nak buat pantauan?
i) Kenali minat Helmi terlebih dahulu. Minat dengan golf?
ii) Cari forum, blog dan laman web yang berkaitan dengan minat
Helmi tersebut.
iii) Take part (sertai) dan berkomunikasi dengan ahli forum, pemilik
blog berkenaan dengan minat tersebut.
iv) Kenalpasti apa masalah - masalah yang sering dibincangkan oleh
pengunjung blog / forum tersebut.
v) Cari idea / penyelesaian terhadap masalah mereka. Research terhadap
produk yang telah ada di pasaran sama ada dapat memberikan
penyelesaian terhadap masalah mereka ataupun tidak. Macam mana nak
cari produk? Lihat di kedai sekitar kawasan anda. Atau jika tidak,
cari menerusi affiliate network seperti clickbank, alibaba.com,
ebay.com,lelong.com.my dan sebagainya.
2. Bina Website
i) Belajar bina blog menerusi blogspot.com atau wordpress.com. Kalau
nak lebih baik, dapatkan hosting dan domain berbayar. Rujuk Panduan
Kit Blogger untuk membina blog anda.
(Rujukan: http://www.sistemblog.com)
ii) Mula untuk menulis perkara - perkara berkaitan minat & masalah
yang anda kenal pasti menerusi forum dan blog yang anda sertai
iii) Setelah mempunyai 5 - 6 post di blog, mula masukkan "signature"
anda pada forum yang anda sertai. Begitu juga dengan blog. Jangan
lupa setiap kali komen, letakkan alamat web anda pada ruangan URL
yang telah mereka sediakan. Elakkan daripada meletakkan URL pada
ruangan komen.
iv) Teruskan menulis di blog anda berdasarkan perkara - perkara
yang dibincangkan di blog / forum orang lain.
v) Dah jumpa produk untuk dijual atau promosi? Mula perkenalkan
di blog.
vi) Tingkatkan promosi blog anda seperti menerusi Facebook, Twitter,
Technorati, Squidoo, Hubpages, EzineArticles dan sebagainya.
vii) Jika wujud pembelian produk daripada laman web anda dan anda
berhasil menjana pendapatan, maka lakukan optimization terhadap
promosi. Mungkin anda juga sudah boleh membina 2 - 3 lagi laman web
yang lain untuk produk yang lain pula.
Penerangan yang saya berikan diatas adalah sekadar panduan ringkas.
Anda mungkin perlu mendapatkan tutorial yang berkaitan ataupun
sertai forum - forum seperti di wangcyber.com, warriorforum.com
untuk mendapatkan ilmu yang lebih lanjut.
Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan anda sedikit gambaran
bagaimana untuk mula mengambil "tindakan" dalam menuju ke destinasi
yang anda impikan.
Fokus dan pilih 1 perkara sahaja dalam 1 masa. Jangan terlalu
ghairah untuk melakukan semua perkara kerana akhirnya semangat
akan hilang.
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran atau janji - janji keuntungan
yang lumayan. Sentiasa berwaspada.
Akhir kata, salam sukses!
ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.peluanginternet.com
p.s - Saya akan outstation selama satu minggu dan mungkin akan kurang
aktif online. Jadi, sekiranya ada terlewat membalas email, maafkan
saya. Kirimkan pesanan - pesanan anda di http://support.usahaniaga.com
untuk urusan yang lebih efisyen.
Profit Internet Solutions, 518 Tmn PD Utama, Port Dickson, N.Sembilan 71000, Malaysia
--
To unsubscribe visit:
http://getresponse.com/unsubscribe.html?x=a62b&m=VJLo&s=S81AZ&y=a&
To change your contact details visit:
http://getresponse.com/change_details.html?x=a62b&s=S81AZ&y=Z&
0 ulasan:
Catat Ulasan