Apa khabar? Email kali ini tidak sekadar merungkai persoalan yang
melibatkan blogger semata-mata tetapi juga bakal usahawan internet.
Ramai yang percaya memang senang nak buat duit dari blog namun
hakikatnya ianya tidak semudah yang disangka terutama sekali bagi
mereka yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa English seperti saya.
Sebenarnya blog melayu juga boleh menghasilkan pendapatan yang agak
lumayan melalui pengiklanan nuffnang ataupun adverlets. Walaupun
begitu kebanyakkan top earner pengiklanan tempatan mempunyai blog
berkonsepkan hiburan yang adakalanya bertentangan dengan kehendak
kita sebagai seorang penulis blog.
KONSEP BLOG YANG SESUAI?
========================
Bagi mereka yang menghadirkan diri ke Bengkel Wordpress saya tidak
menekankan sangat isu menjana wang kerana saya menyedari hakikatnya
untuk belajar menjana wang melalui blog saya memerlukan lebih satu
hari untuk membantu peserta mendapatkan $1 mereka.
Namun saya tetap menekankan konsep blog yang sesuai bergantung kepada
keupayaan kita untuk menulis berkaitan niche tertentu dalam selang
masa 6 bulan.
Sedia maklum niche blog didalam bahasa English merupakan sumber
pendapatan utama blogger di seluruh dunia. Jadi untuk mendapatkan
pendapatan yang konsisten anda perlu menghasilkan blog didalam
bahasa English dan mendapatkan sebanyak backlink yang boleh bagi
membantu blog anda mendapatkan kedudukan ranking yang lebih baik
di dalam enjin carian.
Saya telah menemui penyelesaian penulisan berbahasa English, anda
pula bagaimana?
KONSEP BLOG SERVIS/PRODUK/PERIBADI
===================================
Soalan umum yang biasa di ajukan kepada saya ialah kandungan yang
bagaimana perlu saya kongsikan di dalam blog berkonsep sebegini?
Tidak dapat dinafikan tidak semua orang mampu menulis di dalam blog
meskipun untuk menjual produk/servis mereka yang sudah lebih 10 tahun
diniagakan secara offline.
Saya lebih suka mengesyorkan anda menulis apa yang anda tahu dan
kongsikan pengalaman/testimonial dari pengguna produk/servis anda.
Lebih bagus lagi jika anda kongsikan video testimonial. :)
Manakala untuk blog berkonsepkan peribadi,kajian menunjukkan hampir
70% blog baru akan "lesap" tidak sampai 6 bulan pertama ianya dibina.
Ini kerana bukan mudah untuk menghasilkan post jika anda mengambil
niche yang terlalu general melainkan anda seorang yang suka berseloroh
seperti saya di blog peribadi.
JADI SUSAH KE SENANG MAU BUAT DUIT DARI BLOG?
==============================================
Ianya akan menjadi susah apabila kita tidak mahu mencari jalan
penyelesaian di atas permasalahan kita. Ramai tersangkut kerana isu
bahasa dan skill penulisan yang ampuh.
Saya merupakan anak melayu yang bermasalah dengan bahasa kedua ini.
Malahan sentiasa disindir semasa zaman belajar kerana pronunciation
dan grammar yang boleh dikalahkan oleh anak sedara saya yang berada
di sekolah tadika sekarang. TETAPI...
kerana minat dengan niche blog saya berhabis duit untuk mendapatkan
hasil yang boleh membuatkan saya tersenyum sekarang.
Adakah anda berani menghabiskan masa dan wang untuk mendapatkan
virtual real estate anda mulai hari ini yang bernilai ribuan ringgit
dalam tempoh 5 tahun dari sekarang?
Saya harap anda berani :)
Jumpa lagi di email akan datang.
Ikhlas,
Catzer
====================================================
P.S- Bagi mereka yang nak add saya di Facebook:
http://www.facebook.com/catzer
Jom lawan main games Farmville :P
Profit Internet Solutions, No 31 Jalan Bubu 19/27 Seksyen 19, Shah Alam, Selangor 40300, Malaysia
--
To unsubscribe visit:
http://getresponse.com/unsubscribe.html?x=a62b&m=I6cp&s=SsmFv&y=M&
To change your contact details visit:
http://getresponse.com/change_details.html?x=a62b&s=SsmFv&y=v&
0 ulasan:
Catat Ulasan