Asalamulaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit dalam perniagaan internet ini yang penuh dengan risiko dan mari saya perjelaskan apa dia risiko yang akan dialami oleh semua perniaga di internet ini tidak kira la penjual ebook,penjual produk jualan langsung,penjual iklan dan juga seorang blogger.
Mari kita lihat risiko perniagaan internet ini.Saya akan mulakan dulu dengan risiko untuk mejana pendapatan melalui blog.Jika anda seorang blogger ,risiko yang yang dialami untuk seorang blogger ini adalah kewangan dan juga masa.Kenapa saya mengatakan kewangan dan juga masa amat berisiko kepada seorang blogger?
Ini adalah kerana seorang blogger memerlukan masa untuk update dan komen di site blog lain.Ini adalah risiko,anda sanggup untuk komen di blog orang lain sebanyak sebulan 100 lebih blog semata-mata untuk mendapatkan traffik?.Tepuk dada anda sendiri dan anda akan tahu jawapannya.
Kenapa pula saya menyatakan blog merupakan sesuatu yang berisiko dalam kewangan?ini adalah kerana kita memerlukan banyak blog untuk berniaga,bukan satu blog sahaja,tetapi lebih dari 10 blog jika benar anda bermain untuk market diluar negara dan dengan sebab itu pembelian hosting amat diperlukan serta pembelian domain yang banyak.Tapi ingat bahawa jika anda membina satu lagi blog maka sebenarnya anda sedang menambah penambatan anda tanpa anda sedari.
Mari saya cerita sedikt untuk perniaga seperti ebook pula.Saya menyatakan kepada anda bahawa penjualan ebook juga adalah berrisiko kepada anda jika anda tidak berhati hati kerana jika anda tersalah memilih tajuk untuk ebook anda maka tiada jualan langsung yang anda akan perolehi dan jika ebook anda tidak dapat dijual dipasaran maka anda akan berugi beratus ringgit kerana anda perlu menyiapkan minisite yang ditempah dan sistem affilitae.Untuk penjualan ebook ini memang nampak mudah tetapi jika anda tidak ada skill untuk menarik pelanggan anda untuk bekerjasama dengan anda maka begitu sukar sekali untuk anda memperolehi keuntungan.
Untuk program seperti pengiklanan seperti adsense dan payperclick yang lain pula adalah risiko anda untuk menaikkan traffik ke dalam site anda itu.Bukan mudah untuk menaikkan traffik didalam satu site dan iyanya mengambil bertahun-tahun untuk anda memperolehi traffik yang tinggi.
Walupun pernigaan ini penuh dengan pelbagai risiko,tetapi saya ingin ingatkan kepada anda bahawa ada sebenarnya cara yang mudah untuk kita ikuti.Yang penting kita berani ambil risiko untuk mengalami kerugian terlebih dahulu.Jika anda bersedia mengambil kerugian dalam pernigaan yang begelar perniagaan internet ini,anda patut mengambil bijak langkah untuk menjadi seorang usahawan internet.
Jadi apa salahnya jika anda membeli ebook pembelajaran untuk anda belajar?
Saya pasti,jika anda tanggung risiko sekarang anda akan mendapat apa yang akan perolehi pada masa depan.
p/s: Sebelum saya berjaya seperti sekarang pun dulu saya telah rugi beribu ringgit untuk mempelajari dalam sesuatu perkara.
Sekian, terima kasih..
yazid yahaya
NO12 KG BUMBUN PEKAN JABI, SEGAMAT, JOHOR 85000, MALAYSIA
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?jAysnBzMHLQsHBwsHGysnLRmtCwcTBwsHEw= |
0 ulasan:
Catat Ulasan