RSS

Helmi, Sambungan Cerita RM1 Pertama Dari Internet.

Salam Helmi,

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, izinkan saya menyampaikan 1
berita berkaitan bengkel wordpress yang dijalankan pada 24hb April
(Sabtu) ini di Bandar Tasik Selatan. Jika Helmi untuk
menyertai bengkel ini, dapatkan info lanjut di:

http://www.bengkelwordpress.com

Saya akan turut berada di sana untuk membantu pihak penganjur. Jadi
besar kemungkinan kita boleh berjumpa di sana kelak.

Baiklah, sambung cerita tentang RM1 Pertama daripada internet.

4 hari lepas saya ada bertanya kepada pelanggan - pelanggan
dan sahabat - sahabat online saya apakah mereka telah berjaya
menjana pendapatam RM1 yang pertama dari internet.

Begitu banyak respon yang saya terima dan saya begitu berterima
kasih kepada mereka kerana telah berkongsikan kisah mereka.

Ada yang mengatakan mereka masih belum berjaya menjana pendapatan
walaupun RM1.00. Dan ada juga yang mengatakan mereka sudah berjaya
menjana LEBIH daripada RM1.00 tetapi pendapatan masih tidak konsisten.

Jika Helmi ada email saya, tetapi saya tidak balas, jangan
risau. Semua email yang dikirimkan telah saya baca dan hari ini,
saya akan kongsikan lagi perkara - perkara penting dalam usaha
untuk membolehkan Helmi mampu menjana pendapatan RM1.00
yang pertama, dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih besar
dari semasa ke semasa.

Antara maklum balas yang saya terima adalah:

"Saya sudah cuba macam - macam, tapi tak dapat hasil apa -apa"
"Saya dah cuba buat web, tapi tak dapat buat jualan"
"Saya cuba buat adsense, tapi tak dapat satu klik pun"

Merujuk kepada *permasalahan* diatas, pertama sekali kita perlu
menilai apakah perkara / langkah - langkah yang telah kita laksanakan
sudah lengkap kesemuanya?

Seterusnya nilaikan juga adakah usaha yang telah diletakkan sudah
mencukupi untuk kita mendapat hasil yang kita idamkan?

Dan yang terakhir, kita perlu lihat adakah kita ada melakukan
KESILAPAN dalam usaha yang kita lakukan?

Untuk dijadikan cerita, biar saya kongsikan kesilapan yang saya
sendiri lakukan yang baru saya sedari 3 hari lepas.

Saya memiliki 1 laman web yang telah saya bangunkan 2 bulan lepas,
iaitu pada bulan Februari. Web ini telah saya promosikan dipelbagai
tempat malah turut disenaraikan pada laman web salah seorang
"GURU" Internet Marketing antarabangsa.

Sememangnya saya melihat banyak trafik yang masuk ke laman web saya
namun saya begitu musykil kerana tidak ada 1 order pun yang
terhasil daripada laman web tersebut.

2 bulan saya menantikan hasil namun tidak ada satupun yang saya
dapat sehinggalah 3 hari lepas, ada subscribers saya dari Australia
yang menghubungi saya mengatakan beliau ada melakukan order menerusi
web tersebut, tetapi tidak ada respon daripada saya.

Saya dengan rasa hairan menyemak kembali konfigurasi web saya dan
baru saya sedari bahawa saya telah tersalah letak alamat email
order pada sistem.

Apabila disemak kepada *bounce* email yang saya terima, rupa -
rupanya ada 21 order yang dikirimkan oleh pelanggan. Buat pengetahuan
Helmi nilai 1 order jika diproses, adalah USD67.00 ~ USD97.00.

Bayangkan berapa banyak saya kerugian di sini. Ambil sahaja purata
USD67 untuk setiap 1 order. Kerugian saya di sini adalah dianggarkan
USD67 x 21 = USD1407 (iaitu bersamaan lebih kurang RM4,300)!

Selepas saya membetulkan konfigurasi web saya tersebut, dalam tempoh
2 hari ini saya telah menerima 5 tempahan!

Saya begitu berterima kasih kepada susbcriber saya yang berada di
Australia kerana tanpa beliau, saya tidak akan menyedari kesilapan
yang saya lakukan ini.

Sebagai kesimpulan daripada apa yang saya kongsikan di sini,
Helmi perlu sentiasa menilai setiap tindakan yang telah
Helmi lakukan.

Sebagai contoh jika Helmi membangunkan web untuk menjual
sesuatu produk, maka Helmi perlu menilai:

1. Adakah kaedah PROMOSI yang dilakukan benar - benar efektif?
- Maksudnya, apakah promosi yang dilakukan mengikut jalan yang
betul dan tempat yang betul atau menggunakan jalan kurang baik (SPAM)
secara sebarangan dimana - mana tempat?

2. Adakah usaha promosi yang dilakukan sudah benar - benar cukup?
- Ada pengguna yang mengatakan beliau telah melakukan promosi,
tetapi promosi yang dibuat barulah sekali dua. Maka sudah tentulah
ianya kurang efektif dan tidak mendapat hasil.

Aktiviti promosi haruslah berjalan berterusan tanpa henti dan barulah
hasilnya akan diperolehi. Bayangkan jika iklan Shampoo Sunsilk keluar
sekali sahaja dalam TV. Maka sudah tentulah orang tidak akan tahu
kewujudan produk shampoo bernama SunSilk kerana promosinya hanya
sekali sahaja.

3. Adakah web yang dibangunkan telah beroperasi dengan baik?
- Web yang tidak beroperasi dengan baik seperti ada kesalahan
konfigurasi turut mampu menjejaskan hasil yang diingini (macam kes
saya).

4. Adakah kandungan web yang dibangunkan dapat difahami oleh prospek
/ pelawat web?
- Saya pernah melihat beberapa web jualan yang dibangunkan oleh
sahabat - sahabat online saya, namun apa yang saya dapati dalam
web jualan yang mereka bangunkan, kandungannya agak sukar untuk
difahami. Jadi sudah tentulah apabila pelawat lain yang masuk ke
dalam web tersebut, mereka pun akan berasa sedemikian lantas
ini dapat menjejaskan potensi jualan.

5. Adakah Helmi benar - benar fokus mengusahakan *projek*
yang dijalankan atau mencuba pelbagai bidang?
- Rata - rata pengguna tidak fokus melakukan kerja. Jadi apabila
semua bidang ingin dicuba, maka sudah tentulah hasilnya agak sukar
untuk diperolehi. Jika Helmi sedang mengusahakan program
Google Adsense, maka fokus dengan bidang ini dengan betul. Jangan
melompat sana sini seperti mencuba ebay, affiliate dan sebagainya.

Dapatkan hasil daripada bidang yang sedang Helmi usahakan
terlebih dahulu.

Saya suka katakan, lebih sedikit yang Helmi tentang cara
nak buat duit di internet, lebih tinggi fokus Helmi dapat
berikan. :)

Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat memberi input
yang Helmi perlukan.

Sebagai penutup, saya kongsikan salah 1 email yang dikirimkan oleh
sahabat online saya iaitu Tuan Norman.

ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.peluanginternet.com


=================================================================
Email Pilihan - Daripada Tn Norman
=================================================================

Salam,

Maaf lambat sedikit membalas email saudara. Sebagai orang yang
masih bekerja dengan makan gaji, tentulah saya mesti memberikan
komitmen utama terhadap pekerjaan saya. Namun begitu, ini tidak
bermakna peluang perniagaan internet atau sesuatu yang berkaitan
dengan internet yang juga boleh memberikan pulangan lumayan dan
telah mula mendarah daging dalam jiwa saya pada masa akan dilupakan.

Saya tetap mesti menggunakan masa lapang saya terutama selepas
jam 5.00 setiap hari untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran atau
berkongsi apa sahaja yang boleh saya kongsikan kepada sesiapa
sahaja yang sudi.

Saya percaya dan penuh yakin, semakin banyak ilmu dan kemahiran
yang boleh kita perkongsikan dengan rakan kita, maka semakin
banyak dan melempah ruah ilmu dan kemahiran yang akan kita perolehi.

Bila ilmu dan kemahiran semakin bertambah, InsyaAllah tuhan akan
beri kita rezki yang melempahruah.

Saya ingin perkongsikan satu kaedah yang saya laksanakan bila
saya terlibat dengan penjualan Resepi Rahsia Umpan Power. Pada
awal penjualan resepi tersebut, saya hanya memberian laporan
percuma kepada sesiapa yang minta. Nampaknya tak berapa
'jalan' . Tapi bila saya ubah strategi, saya beri 1 resepi percuma,
dari 10 resepi yang saya sediakan walaupun mereka belum
membeli... nampaknya strategi ini menjadi.

Ini lah yang tuhan kata; semakin banyak kita bersedekah, semakin
melempah ruah rezeki yang datang kepada kita. Walaupun web jualan
tersebut telah melebihi setahun, sejak kebelakangan ini, boleh
dikatakan saya akan mendapat purata 1 jualan sehari.

Memang rezeki saya dari internet ini tidak setanding dengan rezeki saudara
atau rakan-rakan saudara yang lain seperti Zamri Nanyang, Mohd
Zulfadli, Mawardee dan ramai lagi yang tidak perlu saya sebut, tetapi
saya tetap bersyukur. Kerana saya telah terima RM1 pertama saya
dari internet pada 24 Januari 2009 iaitu selepas 3 hari saya lancarkan
web jualan saya.

Yang seronoknya, RM pertama internet saya ialah RM30. Terima kasih
kepada Saudara Amirol, Mawardee, Bernet, Mohd Zulfadli. Saya tidak
ada guru dalam mempelajari business internet ini. Saya hanya belajar
dari buku-buku saudara.

Dulu saya buta internet. Yang saya tahu guna word untuk tulis surat
atau buat laporan. Tetapi sekarang ini, Alhamdulillah, saya telah boleh
menghasilakan web jualan yang mendapat jualan.

Tetapi saya masih belajar. Saya masih perlu pelbagai ilmu dan
kemahiran yang ada pada orang seperti saudara dan lain-lain IM.


Terima kasih


Norman Zainal
http://umpanpower.com
=================================================================


=================================================================
Nota Penerimaan Email
=================================================================

Helmi menerima email ini adalah kerana Helmi
pernah mendaftar pada salah satu laman web saya iaitu sama ada
di webjualan.com ataupun peluanginternet.com.

Sekiranya Helmi tidak mahu menerima sebarang email daripada
saya lagi, Helmi boleh klik link berikut untuk menghapuskan
(unsubscribe) rekod Helmi daripada database saya:

=> http://thunderautoresponder.com/unsubscribe.html?x=a62b&m=Rxcu&s=S81AZ&y=Q&

Berikut adalah tutorial yang Khai mungkin perlukan untuk
memahami proses *unsubscribe*:

=> http://www.usahaniaga.com/vipregister/proses_unsubscribe.php

Profit Internet Solutions, 518 Tmn PD Utama, Port Dickson, N.Sembilan 71000, Malaysia

--
To unsubscribe visit:
http://thunderautoresponder.com/unsubscribe.html?x=a62b&m=Rxcu&s=S81AZ&y=Q&

To change your contact details visit:
http://thunderautoresponder.com/change_details.html?x=a62b&s=S81AZ&y=Z&

0 ulasan:

Preview

Finally, you've found a website that gives HONEST information about making money on the Internet, and shows you how to avoid the common Internet money making scams that are plaguing cyberspace. If you're looking for a get-rich-quick scheme, you won't find any information like that here. There's no such thing as "getting rich quick" on the Internet and if anyone has told you it's possible, they're lying to you. After earning a nice income on the web since 1998, I can show you what works and what doesn't. These articles below will provide good insight on how to experience your own online success. Enjoy.

"Orang berlari, sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba juga berlari, sebaliknya jadilah seperti sang kura2, bergerak mengikut kapasiti yang ada, yang penting.. SAMPAI!"
 
Copyright 2009 Helmi Kimsui Menulis.. All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes