RSS

Helmi, Saya tenggelam dalam lautan...??

Salam sejahtera Helmi...

"Saya tenggelam dalam lautan...?"

Apa sebenarnya maksud tajuk ini?

Sebenarnya ada seorang sahabat saya yang menghantar email bertanyakan
khabar berita daripada saya. Beliau berkata;

"Amirol, mana hang pergi? Lama tak dengar cerita? Tenggelam mana?
Blog pun lama tak update?"

Termenung saya seketika tentang pesanan yang diberikan dan dalam
diam saya mengakui bahawa saya agak menyepikan diri daripada
menghantar email / update blog buat bacaan sahabat - sahabat online,
pelanggan - pelanggan, subscribers saya.

Yang sebenarnya, saya tidaklah menghilangkan diri. Saya masih *online*
setiap hari dan melakukan kerja - kerja harian saya iaitu merangkumi

1. Bina / Update website atau sistem mengikut perkara yang diperlukan
2. Buat uji cuba di web - web baru yang saya jumpa
3. Post artikel di direktori artikel
4. Menguruskan pelanggan - pelanggan / pembeli produk saya
5. Buat research & analisis
6. Upload / Download Produk
7. Belajar benda - benda baru seperti design / programming
8. dan kadang kala tengok Facebook (meng*usha* orang - oppsss!)

Malah kini saya juga terlibat dengan sebuah syarikat di US untuk
menguruskan perihal teknikal berkaitan software yang mereka bangunkan
buat pelanggan - pelanggan mereka.

Jadi, masa saya sememangnya agak terhad untuk berinspirasi mengeluarkan
idea penulisan. :D

Saya lihat kini telah ramai Usahawan Internet tempatan yang begitu
berdedikasi memberikan tips - tips berkaitan dengan pemasaran dan
perniagaan internet secara percuma sama ada menerusi blog ataupun
mailing list mereka.

Jujur saya katakan, apa yang mereka lakukan adalah satu usaha yang
begitu baik dalam menyedarkan rakyat Malaysia untuk mendalami
kuasa internet sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan.

Saya percaya informasi yang dikongsikan oleh mereka adalah merupakan
informasi yang bagus kesemuanya.

Apa yang akan menjadi penentu kepada Helmi sama ada
Helmi dapat menjadi seperti salah seorang daripada mereka
adalah *tindakan* yang diletakkan.

Kini sudah hampir tamat bulan 5 dan bakal menjelma bulan 6. Sedar
atau tidak, kita kini sudah hampir masuk ke pertengahan tahun 2010.

Bagaimana dengan perkembangan Helmi sepanjang hampir 6 bulan
ini?

Awal tahun tempoh hari saya ada mengirimkan email berkaitan
*perancangan tahun 2010* saya. Berdasarkan rekod, saya hanya baru
berjaya menyempurnakan 40% sahaja. :(

Antara perkembangan baik yang saya kecapi sepanjang tempoh ini
adalah:

1. Menemui seorang rakan niaga yang saya mampu berikan kepercayaan
untuk bersama - sama menguruskan perniagaan online saya. Rakan
saya ini telah saya kenali sejak tingkatan 2 dahulu. Kami berjumpa
kembali menerusi Facebook dan akhirnya kini telah menjadi partner
saya untuk beberapa projek yang sedang saya usahakan.

2. Memiliki sebuah syarikat Sdn. Bhd. Saya sedang menunggu shop lot
saya siap. Dijangka mungkin bulan 10 baru boleh masuk.

3. Bekerjasama dengan syarikat di US untuk menguruskan software
yang mereka bangunkan.

4. Melancarkan produk SistemBorang.com

5. Mengemaskini produk SistemAffiliate.com


Jadi bagaimana dengan Helmi?

Sudi berkongsi dengan saya cerita Helmi? :)

Apa - apa pun, saya doakan semoga Helmi akan sukses dengan
perancangan yang telah Helmi lakukan.

Jika Helmi belum memulakan sebarang tindakan walaupun dah
beli pelbagai macam ebook (haaa, saya tahu sekarang banyak pelancaran
ebook itu ini), maka adalah disarankan untuk Helmi
mulakan tindakan Helmi.

Kita semua perlu bermula dengan 1 langkah dan seterusnya langkah
yang seterusnya.

Jika Helmi ingin menjual produk di ebay, maka fokus dengan
ebay. Mulakan listing dengan 1 item, 2, 3, 4 dan seterusnya.

Jika Helmi ingin menjana pendapatan dengan affiliate, sama
ada clickbank mahupun affiliate tempatan, Helmi perlu
mula melakukan promosi. Tak kira sama ada promosi menerusi facebook
atau sebagainya, tindakan awal itu adalah penting.

Dan perkara yang paling utama yang harus diingat adalah, JANGAN
BERHENTI (maaf kerana menggunakan caps lock) daripada berusaha.

1 kali promosi sahaja tak mencukupi. Promosi yang dibuat haruslah
berterusan barulah kita mendapat hasil.

Semoga perkongsian berita daripada saya kali ini sedikit sebanyak
ada memberi input buat Helmi.

Semoga kita bertemu lagi Helmi!

Ikhlas,
Amirol Zolkifli

p.s - Jika Helmi sudi, boleh maklumkan kepada saya apa
topik yang Helmi berminat untuk tahu?

Profit Internet Solutions, 518 Tmn PD Utama, Port Dickson, N.Sembilan 71000, Malaysia

--
To unsubscribe visit:
http://thunderautoresponder.com/unsubscribe.html?x=a62b&m=rXTV&s=S81AZ&y=Y&

To change your contact details visit:
http://thunderautoresponder.com/change_details.html?x=a62b&s=S81AZ&y=Z&

0 ulasan:

Preview

Finally, you've found a website that gives HONEST information about making money on the Internet, and shows you how to avoid the common Internet money making scams that are plaguing cyberspace. If you're looking for a get-rich-quick scheme, you won't find any information like that here. There's no such thing as "getting rich quick" on the Internet and if anyone has told you it's possible, they're lying to you. After earning a nice income on the web since 1998, I can show you what works and what doesn't. These articles below will provide good insight on how to experience your own online success. Enjoy.

"Orang berlari, sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba juga berlari, sebaliknya jadilah seperti sang kura2, bergerak mengikut kapasiti yang ada, yang penting.. SAMPAI!"
 
Copyright 2009 Helmi Kimsui Menulis.. All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes