Semoga Hk di dalam keadaan sihat hendaknya..
Tahukah Hk apa yang dimaksudkan dengan Top Level Domains atau TLDs?
Baiklah, sila perhatikan domain-domain berikut:
Google.com
Wikimapia.org
Mudah.my
Setiap nama domain mempunyai "penyambung" di belakang contohnya .COM, .ORG, .MY dan sebagainya sepertimana contoh di atas. "Penyambung" inilah yang dimaksudkan sebagai TLDs.
Dalam erti kata lain, TLDs adalah huruf-huruf yang berada di belakang selepas 'dot' atau '.' pada setiap nama domain.
Umumnya, Top Level Domains (TLDs) terbahagi kepada beberapa jenis, tetapi yang penting untuk domainer adalah:
1. Generic Top Level Domains (gTLDs) - Kebanyakan gTLDs boleh didaftar oleh semua orang contohnya .COM, .NET, .ORG dan .INFO.
2. Country Code Top Level Domains (ccTLDs) - ccTLDs digunakan di negara-negara tertentu dan kebiasaanya hanya boleh didaftar oleh individu yang bermastuatin di negara tersebut. Bagaimanapun, peraturan pendaftaran bagi setiap ccTLDs adalah berbeza mengikut negara masing-masing. ccTLDs terhad kepada 2 huruf sahaja, contohnya .US (United States), .MY (Malaysia) dan .DE (Jerman).
Walaupun terdapat begitu banyak pilihan gTLDs atau ccTLDs, tumpuan dan fokus kita dalam bisnes domain adalah tetap kepada gTLDs yang paling popular iaitu .COM dan seterusnya .NET :)
Diharap maklumat dan tips yang telah saya kongsikan pada hari ini sedikit sebanyak telah membantu Hk untuk lebih memahami dan memantapkan asas domain sedia ada.
Ikhlas,
Hamirul Ariffin
www.hamirul.com
---------------------------------------------------------------
Dapatkan Panduan Lengkap mendaftar akaun PayPal dan proses mengeluarkan wang terus ke akaun bank anda!
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.hamirul.com/asaspaypal/
Teknik pantas membina Order Form dalam masa 5 minit!
Layari: http://www.hamirul.com/easyorderform/
This message was sent by:
Hamirul Ariffin
City Apartment, Kota Kinabalu,
Sabah, 88450,
Malaysia.
Powered By: http://mynetcart.com/nb.php/r=mirul
Unlimited Smart Autoresponders
Click HERE to cancel or edit your subscription:
http://norabots.com/ar/ar/r.php?s=4435984&a=1088&k=606afbc140fe0630bb9bc96b57b463ba
0 ulasan:
Catat Ulasan