Dari : Masrule Hamid,
hk, tip kali ini saya akan beritahu anda
beberapa persediaan yang perlu ada
sebelum anda menulis surat jualan.
Supaya hk tidak tertekan menulis surat jualan,
adalah lebih elok jika hk mengamalkan tips ini.
(1-) Sematkan dalam fikiran bahawa proses untuk
menulis surat jualan ini tidak diajar dalam mana-mana
kursus di universiti.
Oleh yang demikian, ianya memerlukan banyak
perkara yang perlu dipelajari.
(2-) Sentiasa berfikiran untuk menjual dan hasilnya,
penulisan surat jualan yang bersandarkan kepada jualan.
Maknanya ayat yang dihasilkan pasti akan menjurus
kepada ayat berbaur jualan.
(3-) Tulis apa yang anda fikirkan, ini kerana idea akan
datang mencurah-curah selepas itu.
Tangan anda pasti tidak berhenti menaip, itu lah
keseronakan yang diperolehi apabila menjadikan
penulisan sebagai pemangkin kepada semua perkara.
(4-) Elakkan daripada untuk menulis seperti seorang
pakar, kerana ia akan menganggu idea penulisan surat jualan.
Apabila anda menulis seperti seorang pakar walaupun anda
masih belum menjadi pakar, penulisan anda pasti akan
terbantut disebabkan ayat yang ditulis dirasakan tidak
seperti pakar.
Tip penyediaan ini di harap dapat memberikan anda
perangsang kepada hk sebelum menulis surat jualan.
Ini kerana hk perlu tahu bahawa bukan senang untuk
menulis surat jualan yang menjual.
Demi Kejayaan Anda,
Masrule Hamid.
(c) Hakcipta Terpelihara Info Strategi Publisher
----------------------------------------------------------------
Not interested in receiving more? Click here:
http://instantbisnes.com/mylist/rem.php?u=9286c53
0 ulasan:
Catat Ulasan