Salam hormat;
Anda apa khabar?
(Jawab : Hebat, Alhamdulillah.
Kawan saya yang menyertai MLM beritahu, pada perjumpaan
MLM yang lepas, beliau dan para peserta lain diajar, bahawa
apa yang kita fikir, kita cakap dan kita lakukan mempengaruhi
kehidupan kita. Jadi, jika kita selalu berfikir secara
positif, katanya, kita akan menjadi orang yang
positif, begitu juga sebaliknya).
Ketika menulis email ini, saya dan keluarga sedang berehat-rehat
di sebuah hotel murah di Jalan Reko, Kajang.
Sebenarnya macam ni, semalam, isteri saya ada pengajian
agama di rumah sahabat beliau di Kajang.
Rumah saya pula di Ulu Yam Bharu. Kalau naik
kereta Champion saya, makan 2 jam juga.
Kalau jalan lenggang boleh secepat 1 setengah jam.
Kiranya, jauh lah juga tu.
Apa yang saya pelajari daripada bermalam di hotel ini
ialah :-
1. "Most people judge a book by its cover"
Maksudnya, kebanyakan orang menelai sesebuah buku
daripada kulitnya. Bertentangan dengan pepatah Inggeris
yang budak-budak sekolah belajar,
"Don't judge a book by its cover",
Jangan menilai sebuah buku daripada kulitnya.
Tapi, itulah realitinya. Dek kerana memandang kecantikan
daripada luar hotel ini, saya tertarik untuk bermalam
di sini.
2. Bilik paling murah sentiasa penuh !
Antara sebab lain yang membuatkan saya pilih untuk bermalam
di hotel ini ialah kerana termakan dengan kata-kata manis
daripada banner di luar hotel ini.
Dari RM68 semalaman.
Saya tak tahu pula, kat kawasan Kajang ini, ramai orang
akan bermalam di hotel pada Malam Isnin, yang mana keesokannya
hari orang bekerja. Hurm...wonder..?!
Jadi, saya buat sebuah kesimpulan, sebenarnya tiada bilik murah
pun. Saya membayar untuk pakej bilik yang lebih mahal.
Pakej yang ditawarkan ada banyak, saya ingat 3 yang termurah.
1. RM68 - penuh
2. RM78 - penuh
3. RM98 - saya bermalam
Ha, nampak tak?
Pelik betul. Tapi, kalau nak tahu, dalam beratus-ratus kali
saya menyewa hotel, tak pernah dalam hidup saya dapat pilih
standard room atau bilik yang paling murah.
Huhu.....kenapa ek? Fikir-fikirkanlah.....
Ok, saya tak nak buang masa anda, membaca celoteh ntah apa-apa
mengenai kehidupan saya tu. Dalam email ini, saya hendak berkongsikan
sesuatu yang dianggap sebagai nadi bagi keuntungan perniagaan
online.
Bina Perniagaan Online Anda Dengan Email marketing !
-------------------------------------------------------------
Mungkin anda pernah terima beberapa siri email mengenai email
marketing sebelum ini daripada saya.
Kali ini lain sikit. Saya akan ceritakan secara ringkas dan padat,
bagaimana nak membina perniagaan online dengan email marketing.
Seperti yang saya katakan di atas, email marketing adalah
nadi sebuah perniagaan internet. Memang hendak membina dan mengumpulkan
database email prospek merupakan satu perkara yang sukar bagi
Newbie.
Tapi, nak tak nak, kena juga lakukannya.
Anda perlu dapatkan maklumat berikut daripada prospek
anda:-
1. Nama
2. Email
Kadang-kadang, nama pun tak perlu. hehe...
[+] Jangan Jadikan Jualan Anda Sia-sia
Bila anda telah membuat jualan, dapatkan maklumat untuk menghubungi
mereka. Nama, email dan sebagainya.
Untuk kes kita, nama dan email sudah cukup.
Setiap kali... !
Kenapa? Kerana, merekalah orang yang paling responsif
dengan sebarang promosi kita.
[+] Keuntungan kemudian..bina hubungan....!
Ketepikan soal keuntungan dahulu. Ianya, akan
datang kemudian dengan BANYAKNYA !
Bina hubungan dengan mailing list.
(kadang-kadang saya guna, senarai nama,
prospek, mailing list, database dan macam-macam lagi,
semuanya mempunyai maksud yang sama)
Maksud saya ialah, beri satu nilai tambah kepada
mailing list anda.
Berikan tips-tips, hadiah atau cenderahati, kongsi cerita
dan lain-lain.
Biarkan mailing list kita rasa selesa dengan kita terlebih dahulu.
(Sebagaimana anda rasa selesa membaca email saya....kot....hehe)
[+] Susah Mau Untung !!!
Kadang-kadang, orang tanya saya, RK ni banyak betul lancarkan produk
kan? Untung ke?
Banyak ke? hehe....kalau untung, takdelah saya bukak bisnes baru..
haha...Acah Mak Enon...
Betul, tak semestinya menguntungkan. Ianya tidak akan menguntungkan
jika saya tak beritahu kepada mailing list saya.
Apa maksudnya tu?
Macam ni...
Bukan senang nak jadikan bisnes kita ni dikenali ramai.
Terutama, bisnes yang baru.
Jadi, cara paling pantas ialah, memberitahu kepada mailing list
kita terlebih dahulu.
Betul tak ? ^_^
Selain dapat memperkenalkan bisnes baru kita, kita juga dapat
menjimatkan kos.
1. Kos testing sistem. Tahu tak, kos untuk mengupah orang lain
untuk mencuba satu-satu sistem, boleh mencecah ribuan dollar.
Tapi, bila pelanggan yang cuba, hehe, free of charge, bahkan,
keuntungan pun dapat. Ye lah, bila pelanggan buat belian,
mereka kan secara tak langsung dah cuba sistem kita tu.
2. Testimonial. Dulu, masa saya baru-baru berjinak-jinak
membeli belah secara online, saya pelik, manalah mamat-mamat
ni dapat testimoni berlambak-lambak. Kata produk baru lancar.
Sekarang, baru saya faham, testimoni tu, kita boleh dapat
daripada pre-pelancaran yang dibuat kepada mailing list terlebih dahulu !
[+] Mailing list & Niche
Nak kumpul mailing list ni pun kena ada
stratergi. Jika anda menggunakan Autoresponder
Aweber (www.rkurl.com/aweber), anda boleh
memasang sebanyak macam kempen yang anda suka.
Contoh, saya ada bisnes yang berkaitan Teknik
Buat Duit Online. Untuk bisnes ini, saya menggunakan
kempen 1.
Bisnes kedua saya ialah, berkaitan produk herba.
Untuk bisnes ini, saya menggunakan kempen 2.
Setiap bisnes, lain mailing listnya.
Saya tak gabungkan kerana kedua-dua prospek
saya, tidak semestinya mempunyai minat yang sama.
Jika akan datang, saya ada produk baru berkaitan Teknik
Buat Duit Online, saya tidak sewenang-wenangnya promosi
ke mailing list produk herba saya, begitu juga
sebaliknya.
Anda pun begitu. Ada seorang kawan saya ni. Dia promosikan
produk berkaitan percintaan.
Saya salah seorang subscriber laman web beliau.
Geleng kepala saya, mana tidaknya, bercampur-campur,
macam-macam promosi dibuat. Kebanyakannya, tiada langsung
promosi atau info berkaitan percintaan.
Bengan dengan kes tu, saya pun sound kawan saya tu.
Saya cadangkan beliau, untuk promosikan produk
yang sweet.
Dan mengejutkan...beliau mendapat jualan, sedangkan
sebelum ni, promosi produk yang tiada kaitan dengan
percintaan, jualan amat rendah.
[+] Menulis EMail
Mula-mula, tajuk email. Kalau boleh, jangan lah
tajuk email macam spammer !
Kalau nak tahu tajuk email bagaimana yang membuatkan
mailing list anda membaca email anda, senang je.
Cuba ingat balik, 10 tajuk email yang anda telah
buka baru-baru ini. Ha...Tulislah tajuk yang
lebih kurang macam tu.
Seterusnya, bila anda menulis email kepada susbcriber anda,
tulislah sebagaimana anda bercakap dengan mereka.
Friendly gitu..
Ceritalah serba sedikit apa yang berlaku pada diri
anda.
Contohnya, "...kereta yang saya beli hari tu..." atau, "Pada minggu lepas
saya dan..." dan sebagainya.
Alah, macam kawan.....
Sebab apa? Kitakan berbisnes dengan manusia. Manusia ni
susah hendak keluarkan duit kepada orang
yang tidak dikenali, terutama Online.
Justeru, dengan teknik penulisan email yang betul,
kita dapat membuatkan orang yang ragu-ragu dengan kita
sebelum ini, bertambah yakin diri kita.
Bukankah ini akan meningkatkan jualan ???
Hurm, panjang lebarlah pulak email ini kan?
Sebenarnya banyak lagi yang kita perlu tahu,
tentang pemasaran email ni.
Kalau anda nak belajar lebih mendalam Teknik
Email Marketing, anda
boleh dapatkan ebook-ebook di bawah.
1. http://www.otaiemail.com
2. http://rkurl.com/emailmarketing
-------------------------------------------------------
Nak kumpul mailing list?
Tiada ebook atau laporan percuma nak beri?
Berikan email ini kepada subscriber anda sebagai
laporan percuma untuk menarik minat mereka
subscribe ke mailing list anda !!!
http://depositfiles.com/files/bnxtzgtqq
Ikhlas;
Raja Kamil
Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu, Selangor 45300, MALAYSIA
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://clients.profollow.com/z/r/?jIzsbMwsHLQsbBxMHEwMTLRmtGwsLGyMDCw= |
0 ulasan:
Catat Ulasan