Apa khabar? Saya doakan agar hk berada dalam
keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berusaha untuk
terus mencari rezeki pada bulan yang mulia ini.
Dalam masa yang sama, saya ingin berkongsi satu cerita
dengan hk dan ia berkaitan dengan...
SKIM CEPAT KAYA.
Baru-baru ini kita dapat lihat ramai yang telah terpengaruh
dengan skim seperti ini terutamanya bangsa Melayu kita
sendiri.
Saya begitu sedih kerana ada juga di kalangan rakan-rakan
saya yang mengalami nasib yang sama seperti mereka.
Ditipu sehingga mereka terpaksa berhutang sehingga ratusan
ribu ringgit dari pihak bank.
Mana mereka mahu cari duit hk...
Kesian bukan?
Tetapi kita tidak boleh sekadar kasihan, kita juga perlu berusaha
untuk membanteras skim-skim seperti ini.
Walaupun ia agak sukar kerana mereka bijak menggunakan teknik
psikologi seperti kehidupan yang mewah, kereta BMW 5 Series,
melancong ke luar negara dan sebagainya.
Tetapi saya yakin jika hk betul-betul mempunyai minda
usahawan yang sebenar, hk mampu berjaya untuk
mengelakkan diri daripada penipuan seperti ini.
Saya tidak mahu tipu hk...
Saya sendiri akui mahu hidup senang lenang, mahu kehidupan yang
terjamin untuk keluarga saya dan mempunyai aset yang mampu
membantu orang-orang lain di luar sana.
Tetapi janganlah kita sesekali terpengaruh dengan material semata
mata kerana ia hanyalah sementara.
Lambat laut kita akan terjerat dengan duniawi dan kita akan terjurumus
dengan pelbagai masalah wang seperti hutang, pinjaman ah long
dan macam-macam lagi.
Jadi, saya harap emel kali ini dapat membuka minda hk untuk
terus berjuang dalam perniagaan produk digital yang hk impikan.
hk...
Langkah pertama memang mencabar kerana kita berada dalam proses
mencari rentak dalam perniagaan.
Berikan masa pada diri hk untuk terus berusaha dan sentiasa
menambahkan ilmu mengenai perniagaan internet dari semasa ke semasa.
Ingat hk, seseorang yang kaya bukan dinilai dari harta mereka.
Tetapi berdasarkan ILMU mereka.
Apabila sudah mempunyai ilmu, kongsikan pada sahabat-sahabat hk
yang lain agar semua orang disekeliling hk dapat manfaatnya.
Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, mari kita sama-sama teruskan
usaha untuk mencapai matlamat yang diimpikan.
Saya doakan kejayaan hk dan saya harap selama perkongsian saya
di emel ini dapat manfaatkan hk dari segi ilmu dan tindakan untuk
berjaya dalam perniagaan internet.
Jumpa kita di lain hari hk.
Salam kejayaan! :)
---
Aqif, Han & Juan
Digital Methodology Solutions (001968247-W)
digitalmethodology@gmail.com
This message was sent to helmikimsui@gmail.com Manage Your Subscription Info Instant Removal Sender: Digital Methodology ( digitalmethodology@gmail.com ) | ![]() Unlimited AutoResponders -- 30 Day Free Trial 330 Rayford Rd. PMB #312 | Spring TX 77386 USA Privacy Policy |
0 ulasan:
Catat Ulasan