RSS

"Nak tambah kentang?"



Seperti biasa, pada bulan Ramadhan saya akan
lebih 'slow' dalam perniagaan internet tempatan
kerana bulan ni demand adalah lebih kurang
di Malaysia berbanding bulan-bulan lain.

Saya juga sedang tumpukan fokus saya untuk
projek kebajikan ada bulan ni serta persediaan
untuk pelancaran produk baru pada bulan 10 nanti.

Terima kasih kepada yang bertanya kepada saya
tentang apa yang saya usahakan sekarang..

Bila saya kurang aktif di Malaysia, saya sebenarnya
akan jadi lebih aktif di pasaran luar.

Saya ada beberapa projek dalam niche IM dan juga
niche-niche rahsia (juga lubuk emas saya) di pasaran
luar. Ye la, sampai bila saya nak jadi jaguh kampung
saja kan?

Jadi, disebabkan saya jarang hantar email (mungkin),
saya minta rakan-rakan IM luar saya berikan produk
percuma dengan syarat anda berikan email anda.

Bila saya sebut percuma, ia memang percuma tapi
mungkin mempunyai upsell atau backend.

Bagi yang tak tahu, upsell adalah tawaran selepas saja
anda lakukan tindakan seperti isi nama dan email,
buat belian, dan sebagainya.

Itu dipanggil upsell..

Backend pula merupakan tawaran di page seperti download
page, thank you page, dan di email..

Upsell dan backend adalah teknik pemasaran biasa
di pasaran luar. Di Malaysia, jarang yang menggunakan
teknik ini kerana teknologi atau sistem belum cukup
canggih. Kalau ada pun, agak susah kerana rata-rata
pembeli membeli menggunakan mesin ATM lagi.

Jadi, jika kawan saya berikan produk percuma,
ambil saja dan kalau rasa ada upsell atau backend,
terpulang samada anda nak ambil atau tidak.

Ianya bukan paksaan..

Mungkin anda tak biasa dengan teknik ini..

Teknik ini sebenarnya popular di McDonald dimana bila
anda tempah saja burger, cashier akan tanya anda..

"Nak tambah kentang?"

atau.. "Nak Aiskrim Sundae dengan harga rendah?"

Inilah dipanggil upsell..

Kalau di Air Asia pun sama..

Air Asia akan 'pancing' prospek (seperti saya)
untuk tempah tiket percuma daripada mereka.

Dan Air Asia pun dah maklumkan yang ianya
tidak termasuk cukai..

Kemudian bila anda dah tempah, akan ada tawaran
demi tawaran samada anda nak baggage atau insuran,
dan macam-macam lagi..

Teknik ini saja, boleh membuatkan Air Asia sebagai
salah satu brand terkemuka untuk kategori airline
dan sekaligus eningkatkan jualan dalam masa singkat.

Salah ke teknik ini..?

Kalau ia paksaan, ya ia memang salah kerana ia
berbentuk paksaan dan penjual tidak nyatakan
bahawa ianya ada caj tersembunyi.

Saya sendiri menggunakan strategi serupa dalam
kebanyakan squeeze page saya untuk pasaran
luar kerana ia sememangnya boleh hasilkan
kesan yang besar dengan hanya melakukan sedikit
perubahan!

Jadi, sebagai prospek anda perlu tahu hal ini
dan anda mempunyai pilihan samada mahu tambah
versi berbayar atau download saja yang percuma..

Saya kenal rakan-rakan internet saya baik dalam negara
atau luar negara..

Walaupun percuma, ianya SETARAF dengan produk
berbayar yang anda beli dengan harga puluhan ringgit.

Saya sendiri SELALU download produk percuma
dan banyak belajar dari produk percuma..

Ok, sempena Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Berpuasa dan Selamat Berjimat..

Saya tahu bulan ni nampak macam jimat tapi bila
pergi bazar dan masa nak beli baju raya, perbelanjaan
sampai lebih daripada bulan-bulan lepas..

Ingatlah bahawa bulan ini adalah bulan untuk berjimat..

Lakukan lebih banyak ibadah dan tambahkan pendapatan
anda. Masa puasa ni lah anda ada banyak masa..

Waktu sarapan, lunch, dan lepak-lepak kedai kopi
boleh digunakan untuk buat duit di internet..

Tapi pastikan anda ada perancangan yang betul,
kerana jika tidak, anda akan buang masa pulak
di internet..

Ikhlas,

-Ammar Zahar

P.S Saya akan jual DVD Workshop Mania tempohari
tak lama lagi. Ianya produk fizikal yang anda boleh pegang,
simpan untuk kenangan, dan tak bernilai tinggi..

Ada sesiapa yang berminat?
 
Eh lagi satu, jangan lupa 'LIKE' saya di facebook..
 
www.facebook.com/ammarzaharpage
 
Lepas like, 'suggest to friend' sekali ya! ;)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
-




  

147 Jalan Senangin 7 Taman Senangin, Seremban, Negeri Sembilan 70450, MALAYSIA

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jEysDExsbLQsrJycDMysTLRGtOysnCyMHKw=

0 ulasan:

Preview

Finally, you've found a website that gives HONEST information about making money on the Internet, and shows you how to avoid the common Internet money making scams that are plaguing cyberspace. If you're looking for a get-rich-quick scheme, you won't find any information like that here. There's no such thing as "getting rich quick" on the Internet and if anyone has told you it's possible, they're lying to you. After earning a nice income on the web since 1998, I can show you what works and what doesn't. These articles below will provide good insight on how to experience your own online success. Enjoy.

"Orang berlari, sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba juga berlari, sebaliknya jadilah seperti sang kura2, bergerak mengikut kapasiti yang ada, yang penting.. SAMPAI!"
 
Copyright 2009 Helmi Kimsui Menulis.. All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes