RSS

Teknik nak dapat wang dengan pantas di internet

Hai hk,

Email pada minggu ni merupakan susulan daripada email saya
pada minggu lepas.

Kita akan teruskan perbincangan kita berkenaan Langkah
Pertama Dalam IM.

Sebelum ini saya ada nyatakan 3 perkara yang buat masa
ini hk harus fahami ialah (dipetik daripada email yang
lepas) :
 

1. Fahami 'overall picture' dunia IM itu sendiri
2. Kenali model-model perniagaan dalam IM
3. Tetapkan pilihan peluang penjanaan wang di internet untuk
    hk bergiat lebih serius
 

Baiklah, mari kita pergi kepada perkara yang pertama
iaitu memahami 'overall picture' dunia IM.

Selama saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan
pemasaran di internet, saya telah dapati dunia penjanaan wang
melalui di internet ini terbahagi kepada 2 kategori yang besar.

Kategori yang pertama ialah "Make Money Online" (Buat duit di
internet) & yang kedua ialah "Build a Real Internet Business" (Bina
perniagaan internet yang sebenar).

Sebagai seorang IM, walau apa pun yang kita lakukan di
internet dalam usaha kita menjana pendapatan melaluinya,
kita haruslah tahu membezakan kedua-duanya dengan jelas.

Untuk kategori pertama iaitu "Make Money Online"
ia bermaksud hk hanya boleh mendapatkan duit dari internet
jika hk melakukan kerja, hasil usaha hk dengan keras 
secara terus dan berulang-ulang. 
 
Konsep ini sama sahaja jika hk makan gaji. hk lakukan
promosi, gunakan teknik-teknik yang terbaru dan terhangat
di pasaran, seterusnya hk berpotensi untuk mendapatkan
wang melalui internet.
 
Pepatah mengatakan "You trade your time for money".
 
Sebagai contoh affiliate dan AdSense. Kedua-dua contoh ini
adalah cara penjanaan wang melalui internet di bawah kategori
"Make Money Online".

Tak mustahil untuk hk mendapatkan komisyen daripada
hasil penjualan produk-produk affiliate dalam masa yang lebih
singkat.

Make Money Online ini lebih bersifat jangka masa yang singkat
dalam penjaanaan wang di internet.
 
Contoh yang pernah saya lakukan, dulu saya pernah mempromosikan
suatu produk digital yang berharaga RM30, kemudian saya
tawarkan rebate sebanyak RM10 kepada pembeli yang membeli 
melalui link affiliate saya. Saya hanya melakukan promosi ini
di forum WangCyber.com
 
Pada keesokkan harinya, dah ada orang yang membeli melalui
link affiliate saya.

Tak percaya, hk boleh cuba aplikasikan teknik ini di forum
Wangcyber tu, sure jadi punya :-)

Selain itu, saya juga pernah menjalankan kerja-kerja freelancing
(menyediakan perkhidmatan bebas) di internet. Ini juga salah-satu
daripada teknik penjanaan 'wang pantas' di internet.
 
Boleh dikatakan lah juga cara ini adalah cara yang menjamin
untuk hk mendapatkan wang melalui internet. Kira confirm
dapat duit punya lah. Jika hk buat kerja seperti apa
yang diminta oleh pelanggan.

Jika hk ingat lagi di laman biodata saya, ada saya nyatakan
saya pernah menyediakan perkhidmatan translation. Saya
menyediakan perkhidmatan menterjemah artikel-artikel dan ebook
berbahasa Inggeris ke bahasa Malaysia.

Tetapi sekarang saya dah tak buat lagi servis tersebut.

Menyediakan perkhidmatan menterjemah ini merupakan
salah-satu daripada perkhidmatan yang mempunyai permintaan
yang tinggi di internet. Selain itu hk juga boleh menyediakan
perkhidmatan design laman web atau grafik.
 
Untuk kerja-kerja freelancing ini, hk memerlukan bakat.
Tak da bakat? Tak apa, bakat tu kan boleh diasah. Betul tak.
 
Kesimpulan yang boleh kita buat melalui kategori "Make Money
Online" atau buat duit di internet adalah ia bersifat jangka masa
singkat atau sama sahaja konsep dengan kerja makan gaji, selagi 
hk buat kerja secara terus, selagi itulah hk berpotensi
untuk menjana duit di internet. 
 
Kategori buat duit di internet (Make Money Online) ini juga
boleh saya klasifikasikan di bawah pendapatan aktif
(tentu hk ingat lagi mengenai perkara ini yang telah saya
kongsikan dalam ebook Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar
saya tu mukasurat 43. Pendapatan aktif VS. pendapatan pasif)

Ok, setakat ini sahaja email saya pada kali ini, pada email
seterusnya kita akan membincangkan pula mengenai membina
perniagaan internet yang sebenar (build a real internet business).



 
 
Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
 
 
 
 

 

 
 
 
 
Awas, dengan menekan butang Unsubscribe, hk tidak
akan menerima apa-apa email lagi daripada saya. 

Minden Heights, Gelugor, Penang 11700, MALAYSIA

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jAzsbJxsLLQsHIxsbIwMzLRmtCzsbGwcTOw=

0 ulasan:

Preview

Finally, you've found a website that gives HONEST information about making money on the Internet, and shows you how to avoid the common Internet money making scams that are plaguing cyberspace. If you're looking for a get-rich-quick scheme, you won't find any information like that here. There's no such thing as "getting rich quick" on the Internet and if anyone has told you it's possible, they're lying to you. After earning a nice income on the web since 1998, I can show you what works and what doesn't. These articles below will provide good insight on how to experience your own online success. Enjoy.

"Orang berlari, sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba juga berlari, sebaliknya jadilah seperti sang kura2, bergerak mengikut kapasiti yang ada, yang penting.. SAMPAI!"
 
Copyright 2009 Helmi Kimsui Menulis.. All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes