RSS

Usahawan internet mesti merancang

 
Hai dan Salam Hormat hk,
 
Sebagai seorang usahawan internet, kita sangat-sangat
memerlukan perancangan yang rapi. Perancangan yang
dimaksudkan ialah perancangan mengenai projek atau
kempen pemasaran yang bakal kita jalankan melalui internet.
 
Kepentingan perancangan dalam perniagaan ini tidak boleh
diabaikan. Tentu hk masih ingat atau pernah dengar
mengenai kejatuhan dot-com pada tahun 2000 yang lalu
dimana beratus-ratus syarikat berasaskan internet telah
gagal di saat kejatuhan ekonomi. Syarikat-syarikat tersebut
dikatakan mempunyai perancangan yang lemah.
 
Beberapa faktor yang harus hk ambil kira dalam
membuat perancangan untuk membina perniagaan
internet hk adalah seperti apakah niche pasaran yang
hk libatkan diri, persaingan, dan perkembangan permintaan
terkini di pasaran.
 
Berikut saya kongsikan beberapa langkah penting
yang boleh hk ambil ketika melakukan sesebuah
perancangan dalam melancarkan sesuatu projek berkaitan
bisnes internet.
 
Kajian pasaran dan permintaan ialah langkah pertama yang
wajib kita lakukan. Kita mesti tahu apakah pasaran
yang mempunyai permintaan dan mempunyai potensi untuk
menjana pendapatan melaluinya.
 
Diantara pasaran yang mempunyai permintaan dan para
prospek di dalam pasaran tersebut sanggup untuk
membelanjakan wang adalah seperti pasaran kesihatan dan
perhubungan (relationship seperti ber-dating & hal-hal hubungan
suami isteri). Kedua-dua market ini memang terbukti lumayan
dan orang sanggup bayar untuk mendapatkan produk berkaitan
pasaran tersebut di internet.
 
Ini adalah dua contoh sahaja di mana masih terdapat lagi
pasaran yang lumayan di luar sana.
 
Setelah hk mengenali pasaran yang mempunyai potensi
untuk menjana wang, hk bolehlah membangunkan
produk atau servis yang boleh memberi penyelesaian masalah
di dalam pasaran berkenaan.
 
Sewaktu membuat perancangan tersebut, hk seharusnya
berupaya menyenaraikan segala kebaikkan dan kekurangan
produk yang bakal hk pasarkan, siapakah pesaing
yang bakal hk hadapi dan siapakah prospek
sasaran sebenar hk. Prospek sasaran hk mestilah
spesifik di mana hk perlu mengetahui maklumat dari
segi jantina, linkungan umur, tempat tinggal dan lain-lain
ciri demografik yang lain.
 
Pepatah ada mengatakan "Not everyone is your prospect"
harus hk pegang selagi hk menjalankan perniagaan.
hk yang menetapkan ciri-ciri demografik tersebut.
 
Begitu juga dari segi bajet kos modal yang diperlukan dan
tempoh masa yang hk perlukan bagi menjalankan sesuatu
projek atau kempen pemasaran internet hk. Adakah ia 
bersifat jangka masa pendek seperti membuat jualan
promosi terhad ataupun ia bersifat jangka masa panjang
seperti jualan akan di buka sepanjang tahun.
 
Maklumat-maklumat seperti di atas tidak harus hk
abaikan ketika melakukan aktiviti perancangan dalam
perniagaan internet hk.
 
Ketemu lagi kita di email saya yang akan datang.
Saya akan berkongsi lebih banyak lagi info berguna
dalam hk membina perniagaan internet yang 
sebenar.
 
 
 
 
Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Awas, dengan menekan butang Unsubscribe, hk tidak
akan menerima apa-apa email lagi daripada saya. 

Minden Heights, Gelugor, Penang 11700, MALAYSIA

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jAzsbJxsLLQsHIxsbIwMzLRmtCycLByMnMw=

0 ulasan:

Preview

Finally, you've found a website that gives HONEST information about making money on the Internet, and shows you how to avoid the common Internet money making scams that are plaguing cyberspace. If you're looking for a get-rich-quick scheme, you won't find any information like that here. There's no such thing as "getting rich quick" on the Internet and if anyone has told you it's possible, they're lying to you. After earning a nice income on the web since 1998, I can show you what works and what doesn't. These articles below will provide good insight on how to experience your own online success. Enjoy.

"Orang berlari, sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba juga berlari, sebaliknya jadilah seperti sang kura2, bergerak mengikut kapasiti yang ada, yang penting.. SAMPAI!"
 
Copyright 2009 Helmi Kimsui Menulis.. All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes