Salam dan hai hk
Bila saya sebut tentang kemerdekaan, ramai diantara rakan sekeliling saya
memberi pandangan dan fahaman tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan ini.
Dalam hal ini, saya juga bertanyakan kepada mereka, ada yang berkata
bahawa merdeka ini bererti bebas membuat apa saja, tanpa batasan
dan tak perlu patuh kepada undang-undang, hukum-hakam dan hak asasi manusia yang lain.
****************************************
Ini Pendedahan Yang Amat Membimbangkan!!
****************************************
Emel kali ini, saya mengajak hk untuk turut sama berfikir, apakah maksud
kemerdekaan dari sudut kewangan ?
Saya teringat balik paparan akhbar tahun lepas yang mengisahkan 1.2 juta
orang kakitangan awam di negara kita ini berhutang. Ya, ianya satu pendedahan
yang amat menakutkan saya dan pada saya perkara ini patut kita tahu dan selidik
faktor penyebab masalah ini berlaku.
Sejujurnya, masalah ini menyedarkan bahawa kita masih belum merdeka. Boleh dikatakan,
majoriti daripada masyarakat Malaysia masih belum mencapai status bebas kewangan,
bahkan terus menjadi hamba kepada kewangan.
Mereka kebanyakannya masih kurang mahir bagaimana ingin menggunakan wang sebaiknya.
Masih ramai juga diantara rakan saya berbelanja melebihi kemampuan. Kalau gajinya
RM 1,000 , belanjanya pun lebih kurang juga.
Bahkan saya pernah jumpa individu yang hidup hanya untuk membayar hutang kad kredit
serta pinjaman along. Usia pencen sepatutnya dimanfaatkan untuk berehat setelah bekerja
selama ini digunakan pula untuk mencari wang untuk selesaikan hutang.Bak kata orang usia
yang sepatutnya hanya menuai hasil. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
********************************
Antara sebab kemunculan KomikNiaga
********************************
Antara sebab itulah, timbulnya idea untuk menghasilkan KomikNiaga ini. Panduan
serta tips berkaitan pengurusan kewangan juga kami kongsikan, bukan setakat
tips perniagaan internet sahaja.
Dan saya harap, dengan usaha saya dan semua krew KomikNiaga yang lain, KomikNiaga dimanfaatkan
sepenuhnya, bukan hanya panduan teori sahaja, bahkan panduan untuk hk menjalankan perniagaan
serta menguruskan kewangan dengan baik.
Pesanan saya, elakkan dari membelanjakan wang diluar kemampuan hk dan berjimat cermat,
itu lebih baik daripada hidup sengsara akibat menanggung hutang orang ;)
Ikhlas,
Hasbul 'Aqill Hasan Zaki
Pengasas e-komik KomikNiaga
4-2-2 ,Jalan 4/50, Off Jalan Gombak,
Diamond Square Business Centre
Kuala Lumpur 53000, MALAYSIA
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?jMzsDOwsHLQsbOwMnGyMDLRGtOzszMysjCw= |
0 ulasan:
Catat Ulasan