Salam Usahawan hk,
Setiap hari boleh dikatakan beratus-ratus usahawan internet
dilahirkan atau dalam kata yang lain, yang hadir ke dalam dunia
Internet Marketing ini. Malah ia boleh menjangkau ribuan orang.
Matlamat mereka yang biasa kita boleh dengar ialah nak
kaya cepat! Sebab di internet ini pun merupakan suasana
di mana semuanya berlaku dengan pantas. Jadi kalau jadi
usahawan internet pun boleh lah jadi kaya cepat.
Owh tidak, betapa tersasarnya pemikiran tersebut sebenarnya.
Oleh itu, di bawah ini akan diterangkan apakah ciri-ciri sebenar
atau mindsetting yang harus ditanam sejak dari awal lagi
penglibatan seseorang di dalam bidang perniagaan internet ini.
Perkara pertama yang harus ada pada setiap usahawan internet
ialah dia sanggup untuk melaburkan wang untuk diri sendiri. Ini
merupakan peraturan nombor satu untuk mana-mana usahawan
internet yang tidak harus diabaikan.
Perniagaan internet bukanlah seperti perniagaan offline yang
mempunyai kedai atau bangunan. Perniagaan internet wujud
hanya di dalam minda atau diri seorang usahawan internet itu
sendiri. Kalau bangunan boleh lah kita menaiktarafnya dengan
pembelian perabot-perabot atau kelengkapan pejabat
yang canggih-canggih. Tapi perniagaan internet ini kita tidak
boleh lihat atau pegang dengan deria sentuhan
kita.
Bagi perniagaan internet, diri hk lah yang harus
hk naiktaraf dengan cara melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu
pengetahuan mengenai perniagaan internet yang sentiasa
berubah-ubah mengikut peredaran masa.
hk boleh laburkan masa untuk membaca artikel-artikel
percuma di internet ataupun boleh juga hk melaburkan
sedikit wang hk untuk menghadiri seminar atau nak senang
beli produk panduan yang berkaitan perniagaan internet hk.
Mengapa saya sarankan untuk hk mendalami ilmu
berkaitan panduan perniagaan internet?
Sebabnya mudah. hk harus faham, perniagaan internet
ialah perniagaan berbentuk K-Economy. Nama penuhnya,
Knowledge Economy. Kalau dah namanya pun Knowledge iaitu
ilmu pengetahuan, dah tentulah anda memerlukan ilmu
untuk terus survive dalam industri ini.
Mindsetting seterusnya ialah letakkan matlamat hk
untuk menjalinkan kerjasama bukannya hanya bersaing
semata-mata untuk kepentingan keuntungan sendiri sahaja.
Terdapat segelintir individu yang hanya ingin memikirkan
persaingan untuk merebut kejayaan. Memang tidak salah
untuk kita bersaing, tapi tahukah hk yang kita juga boleh
memperolehi kejayaan ataupun keuntungan yang lebih
berlipat-kali ganda melalui bekerjasama.
Jika hk lihat seperti permainan catur atau bolasepak, ia
mempunyai penamat iaitu apabila suatu pihak itu menang di
dalam sesebuah pertandingan. Sebab itulah di dalam situasi
seperti berkenaan persaingan itu boleh dikatakan relevan.
Tapi, di dalam perniagaan internet, tidak ada penamat.
Kerja anda tidak akan habis sampai bila-bila pun samada
mencipta produk informasi, memasarkan produk-produk fizikal
di internet, membangunkan laman web ataupun
di internet, membangunkan laman web ataupun
mencari pasaran-pasaran niche baru.
Tugas kita sebagai seorang usahawan internet haruslah terus
bergerak maju kehadapan dan melalui budaya kerjasama sesama
para usahawan internet yang lain, kita boleh mencapai kejayaan
yang lebih besar dan tiada batasannya.
Semoga dengan penetapan minda atau mindsetting yang telah
saya nyatakan diatas dapat menjadikan hk seorang usahawan
internet yang cemerlang dan tidak mustahil juga
bergelar jutawan!
Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
Awas, dengan menekan butang Unsubscribe, hk tidak
akan menerima apa-apa email lagi daripada saya.
akan menerima apa-apa email lagi daripada saya.
Minden Heights, Gelugor, Penang 11700, MALAYSIA
| To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?jAzsbJxsLLQsHIxsbIwMzLRmtCycrAysTMw= |

0 ulasan:
Catat Ulasan