Saya kini berada di rumah. Akhirnya selesai juga beberapa urusan
yang melibatkan perniagaan dan juga kolej.
Baru saya tahu bukan mudah untuk membahagikan masa untuk
berniaga dan kolej dalam masa yang sama.
Mujur kedua belah ibu bapa saya amat memahami. Mereka bagi
sokongan penuh dan sentiasa ada disisi jika saya dilanda masalah.
Tujuan saya menghantar emel kepada hk hari ini adalah
untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha'
tidak lama lagi.
Sebagai seorang umat Islam, kita diwajibkan untuk mensyukuri
kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk menyambut
hari yang mulia ini.
Agak-agak tempat hk berapa ekor kambing kena sembelih?
Di Selayang, kira-kira 3 ekor sahaja... Tapi yang pasti saya
berkemungkinan besar tidak akan turut serta dalam proses
penyembelihan.
Almaklumlah... Saya ini alergi sikit bila bab-bab darah banyak ni.
Apa-apapun, saya harap hk sentiasa sihat dan ceria. Jika
hk berniaga, maka jadikanlah hari raya tersebut untuk hk
rehatkan diri dan luangkanlah masa bersama keluarga yang
tercinta.
Sekian sahaja daripada saya, salam kejayaan hk!
Oh, kalau nak baca entri terbaru saya... Boleh klik pada laman
web di bawah:
http://www.aqifstrategi.com
---
Aqif, Han & Juan
Digital Methodology Solutions (001968247-W)
digitalmethodology@gmail.com
| This message was sent to helmikimsui@gmail.com Manage Your Subscription Info Instant Removal Sender: Digital Methodology ( digitalmethodology@gmail.com ) | Unlimited AutoResponders -- 30 Day Free Trial 330 Rayford Rd. PMB #312 | Spring TX 77386 USA Privacy Policy |

0 ulasan:
Catat Ulasan