Setelah ambil cuti berminggu juga,
saya kini dah kembali berkerja.
Walaupun saya rasa macam tak berkerja
sangat sebab buat kerja pun sambil
duduk rumah dan juga mengadap laptop,
tapi saya kini dah mula menyambung
segala perancangan saya sebelum ini.
Banyak juga rancangan saya sebelum ini
saya tangguhkan sebab perkahwinan saya
dan juga bulan madu saya.
Hari ini saya lebih bersemangat daripada
biasa untuk meneruskan apa yang saya
dah rancang dalam perniagaan internet.
Yang bestnya pasal perniagaan melalui
internet ni, walaupun saya pergi honeymoon
pun saya masih lagi boleh buat bisnes
dan buat duit.
Asalkan tempat tersebut ada internet la..
Tak ada bos yang akan marah saya kalau
saya cuti terlalu lama..
Tak ada waktu yang tetap untuk saya balik
daripada bercuti. Semuanya ikut suka saya
selagi ada internet.
Itu yang bestnya!
Tapi perniagaan macam saya ni perlukan
motivasi. Sebab kalau anda buka kedai diluar,
anda boleh nampak anda ada kedai dan secara
tak langsung anda akan termotivasi dengan
sendirinya kan.
Macam saya pula kena la rajin-rajin buka
laptop (tapi saya ni memang hobi saya pun)
kalau tak memang tak masuk duit juga dan
tak bergerak pulak bisnes saya.
Kalau anda ada mentor, ikut seperti apa yang
mentor anda ajarkan dan kalau tak faham tanya.
Kalau anda ada ebook, baca berkali dan ambil
tindakan terus. Kalau tak faham boleh tengok
Google ataupun tanya pembeli ebook.
Beranikan diri untuk gagal..
Kalau anda tak ada kekuatan motivasi dan
semangat serta inisiatif sendiri, memang jangan
harapla anda boleh berjaya dalam perniagaan
melalui internet.
Ramai yang berjaya samada orang persendirian
ataupun syarikat yang hanya menjual melalui
internet.
Lihat saja bagaimana Air Asia menjual tiketnya..
Mana satu sumber yang lebih banyak jualan
Air Asia?
Adakah daripada internet ataupun kiosknya?
Anda fikir sendiri..
Tak payah lihat jauh, anda boleh lihat saya juga..
Pejabat saya hanyalah dalam bilik dirumah saya..
Ada juga pekerja tapi pekerja saya buat kerja
dirumah mereka masing-masing. Saya dapat
jimat api air pejabat, sewa pejabat, dan macam-macam
lagi sebab kos saya hanya bayar gaji pekerja dan
kos internet. Ada juga lah software sikit.
Setiap bulan secara purata syarikat saya
berjaya mencapai keuntungan bersih
5 angka tanpa pejabat pun!
Yang penting adalah kekuatan mental dan
juga motivasi.
Ok, ada masa saya akan emailkan lagi cerita
apa yang patut ataupun tips dari saya.
Bye!
-Ammar Zahar
P.S Kalau ada yang saya tak reply email penting,
boleh email sekali lagi pada saya.
-
147 Jalan Senangin 7 Taman Senangin, Seremban, Negeri Sembilan 70450, MALAYSIA
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?jEysDExsbLQsrJycDMysTLRGtJys7BzsHCw= |
0 ulasan:
Catat Ulasan