Penjenamaan diri di internet merupakan satu perkara yang amat
kritikal dan dalam masa yang sama kami lihat kebanyakkan mereka
tiada pengetahuan asas untuk melakukannya.
Jadi, dalam emel kali ini kami akan berkongsi satu cara mudah dan
ringkas untuk anda iaitu menggunakan kuasa forum untuk meningkatkan
kualiti jenama anda.
************************
Penggunaan Nama
************************
Penggunaan nama adalah perkara yang kritikal dalam penjenamaan anda
kerana anda akan dikenali berdasarkan nama itu. Di sini kami
andaikan terdapat dua jenis nama sahaja iaitu:
=>Nama sendiri,
=>Nama samaran.
Apa yang ingin kami tekankan di sini ialah pilih nama yang mudah
didengar, disebut dan diingati. Nama yang baik tidak semestinya
nama sebenar anda.
Mungkin ada 2-3 orang usahawan internet lain juga mempunyai nama
yang sama seperti anda. So, be unique dan gunakan nama lain yang
sesuai sebagai branding.
Sebagai contoh, kita boleh lihat salah seorang usahawan internet
iaitu Mohd Zulfadli menggunakan nama samaran "Smartzul".
********************************************************
Makin Banyak Perkongsian, Makin Hebat Jenama
********************************************************
Luangkan masa anda untuk mengumpul atau menyediakan
maklumat-maklumat berkaitan dengan perniagaan anda.
Sebagai contoh, jika anda seorang penerbit buku, maka anda boleh
kongsikan tips-tips untuk penulis menerbitkan buku mereka.
********************************************************
Jangan Berlagak Pandai atau Buruk Padahnya
********************************************************
Kebanyakkan warga-warga forum yang baru cuba untuk menjadi
hebat dalam semua perkara, tetapi hakikatnya mereka sedang menggali
lubang kubur sendiri.
Jangan sesekali menjawab sebarang persoalan yang anda sendiri tidak
faham. Jika mahu jawab juga, pastikan anda lakukan kajian dan
lampirkan kajian anda dalam thread tersebut.
Jadi, itu sahaja perkongsian kami untuk emel ini. Kami berharap
hk kongsikan tip ini kepada rakan-rakan supaya manfaat
dapat dikongsi bersama.
Jumpa lagi!
Hasbul Aqill & Aqif Azizan
Flarebiz Network,
www.KomikNiaga.com
******
Email ini di hantar kerana anda subscribe dengan Flarebiz Network
di salah satu laman web kendalian kami. Di sini maklumat anda:
Nama:
Email:
Tarikh Subscribe:
Pihak kami berharap anda enjoy dengan email kami dan anda boleh
unsubscribe daripada pihak kami pada bila-bila masa sahaja.
FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jMzsDOwsHLQsbOwMnGyMDLRmtJxMbOwMrKw=
0 ulasan:
Catat Ulasan