Sudah tidak dapat dinafikan lagi, ramai yang sudah sedar
bahawa perniagaan produk digital informasi melalui internet
memang memberi pendapatan yang sangat lumayan. Tidak keterlaluan
jika kami katakan, akan lahirnya jutawan hanya menjalankan
perniagaan produk digital sahaja!
Namun, mungkin ada segelintir yang tidak mempunyai skil penulisan
& penyampaian berbentuk tulisan dengan baik.
Jadi, pada emel ini, kami kongsikan secara eksklusif kepada anda,
4 cara mencipta produk informasi tanpa perlu mengarang.
************************************************
CARA 1: Lakukan Temuramah Pakar.
************************************************
Cara yang pertama dan yang paling mudah ialah membuat
temuramah dengan pakar-pakar dalam bidang atau niche market yang
anda terlibat dan rakam perbualan temuramah tersebut.
Paling menyeronokkan, anda boleh jalankan temuramah hanya
dari rumah, dengan menggunakan Skype dan perisian Pamela.
Contoh yang boleh kita lihat ialah apa yang telah dilakukan oleh
Dr. Irfan Khairi , pakar perniagaan internet.
Beliau telah mencipta satu produk yang diberi nama Mentor Jutawan
yang merupakan himpunan temuramah dengan jutawan-jutawan Malaysia
yang telah berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.
****************************************************************
CARA 2: Beli Produk RR, MRR atau PLR dan Jual Semula
****************************************************************
Terlebih dahulu, Anda perlu dapatkan produk-produk yang mempunyai
hak jualan semula RR, MRR atau PLR.
Produk-produk ini pada kebiasaannya sudah lengkap dengan
ebooknya, laman jualan dan grafik.
Tugas anda hanya beli produk-produk tersebut, upload ke server
& seterusnya lakukan promosi.
****************************************************
CARA 3: Hasilkan Produk Rakaman Video
****************************************************
Anda juga boleh mencipta satu produk panduan yang mengajar orang
lain cara-cara atau teknik-teknik yang berkaitan dalam bidang anda.
Ini boleh dilakukan dengan menggunakan perisian Camtasia
Studio.
*******************************************************************
CARA 4: Upah Orang Untuk Hasilkan Produk Informasi
*******************************************************************
Ya, anda boleh mengupah orang lain yang mempunyai skil
penulisan yang baik , bagi mencipta produk informasi anda.
Namun, cara ini hanya untuk mereka yang mempunyai modal yang
tinggi sahaja, memandangkan kosnya mampu menelan ribuan ringgit.
Sekiranya anda ingin mencipta produk informasi berbahasa Inggeris,
anda boleh dapatkan penulis-penulis di laman web servis
seperti Elance.com atau Guru.com.
Dengan menggunakan 4 cara di atas tiada lagi alasan sekiranya anda
untuk anda memilik produk informasi sendiri.
Kami juga memberi peluang kepada hk untuk bertanyakan
tentang idea produk yang mahu dihasilkan hk. Jadi,
hk boleh reply sahaja emel ini.
Jumpa lagi!
Hasbul Aqill & Aqif Azizan
Flarebiz Network,
www.KomikNiaga.com
Rujukan
1. Skype - www.skype.com
2. Pamela - www.pamela.biz/en
3. Mentor Jutawan - www.irfankhairi.com/mentor
4. Camtasia - www.techsmith.com/camtasia
5. Elance - www.elance.com
6. Guru.com - www.Guru.com
******
Email ini di hantar kerana anda subscribe dengan Flarebiz Network
di salah satu laman web kendalian kami. Di sini maklumat anda:
Nama:
Email:
Tarikh Subscribe:
Pihak kami berharap anda enjoy dengan email kami dan anda boleh
unsubscribe daripada pihak kami pada bila-bila masa sahaja.
FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jMzsDOwsHLQsbOwMnGyMDLRmtJxMbOzs7Cw=
0 ulasan:
Catat Ulasan