Apa khabar? Kami harap anda sihat sejahtera.
Pada Isnin lepas, kami telah bertungkus lumus untuk menemuramah
seorang tokoh usahawan terkenal iaitu Dato' Rusly Abdullah aka Chef
Li.
*******************************
Siapa Jutawan Senyap?
*******************************
Untuk makluman hk, Chef Li merupakan seorang bekas pegawai
bank. Ketika menjadi pegawai bank, beliau telah membuat kajian dan
mendapati orang yang mempunyai simpanan wang yang banyak adalah
dari kalangan orang yang menjalankan perniagaan.
Beliau juga terkejut kerana mendapati kaum Cina, India & pendatang
mempunyai simpanan wang yang banyak dalam bank sedangkan kaum
Melayu sendiri tercicir di tanah air sendiri!
Dari situlah beliau tertarik untuk berniaga sendiri sehinggalah
beliau berhenti kerja & menjalankan perniagaan kuih muih di
pasar malam. Sedar tak sedar, dalam tempoh 4 tahun, simpanan wang
beliau telah mencecah RM1 juta dan dari situlah titik permulaan
kejayaan beliau sehinggakan beliau dikenali sebagai JUTAWAN SENYAP.
Itulah serba sedikit tentang Dato' Chef Li. Mungkin hk dah
kenal beliau, sekiranya hk pernah membaca buku-bukunya seperti
Menjejaki Jutawan Senyap, Petunjuk Jalan Kekayaan, Orang Kaya
Bertaqwa dan banyak lagi.
Jadi hk, sekiranya sebelum ini pihak kami di Komik Niaga hanya
menemuramah usahawan internet, kami fikir inilah masa yang sesuai
untuk kami menemuramah tokoh-tokoh usahawan pula.
Yang lebih penting, perkara & informasi yang kami nak sampaikan
tercapai. InsyaAllah, sekiranya tiada aral melintang, kami akan
bawakan kisah Dato' Chef Li ini dari permulaan beliau menceburi
dunia perniagaan, hinggalah digelar sebagai jutawan senyap pada
Edisi 5 akan datang.
Jadi, tunggu pelancaran Edisi 5 yang akan dilancarkan pertengahan
bulan 7 ini. Kami harap selepas membaca emel ini, hk sudah
teruja untuk mendapatkan Edisi 5.
*****************************
Komik Strip Minggu Ini
*****************************
Seperti biasa, kami kongsikan komik strip minggu ini kepada
hk. Harapan besar kami supaya hk enjoy dengan telatah &
karenah si Matbiz. Jangan lupa untuk kongsikan komik strip ini
kepada kawan-kawan di Facebook & Twitter.
http://komikniaga.com/panggung-wayang-kl-gangster/
Jumpa lagi,
Aqif Azizan & Hasbul Aqill
Flarebiz Network Sdn. Bhd
www.KomikNiaga.com
PS : Oh ya, sempena pelancaran Edisi 5 nanti, kami juga membuka
slot pengiklanan kepada usahawan yang ingin mengiklankan produk
atau servis kepada lebih 1,000 pembaca kami. Jadi sekiranya
hk berminat, bolehlah klik pautan di bawah ini untuk
mendapatkan keterangan selanjutnya : http://goo.gl/qLMpr
FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jMzsDOwsHLQsbOwMnGyMDLRGtIwMDByMnOwM
0 ulasan:
Catat Ulasan