Apa khabar? Kami harap hk sihat sejahtera hendaknya.
Emel hari ini kami kongsikan kepada anda tentang nyawa
dalam perniagaan internet.
Bila sebut perkataan NYAWA, sudah pasti hk terfikir
ia adalah perkara yang sangat penting. Sepertimana juga
kita manusia, tanpa nyawa, sudah tentu kita tidak boleh
berbakti dalam dunia yang dikurniakan Allah ini.
Nyawa yang disebut-sebut dalam perniagaan internet adalah trafik.
Secara ringkasnya, trafik merujuk kepada pelawat yang hadir melawat
ke laman web/blog anda. Kerja penjanaan trafik ini haruslah
dijadikan sebagai aktiviti utama bagi setiap usahawan
internet.
Tanpa trafik,secara tidak langsung, laman web/blog tiada
pengunjung seterusnya tiada pembeli.
Pada awal penglibatan kami dalam dunia perniagaan internet, kami
juga pernah mempromosi produk memlalui website.
Akibat tidak mempelajari cara mendapat trafik dengan betul,
akhirnya, usaha kami sia-sia sahaja, kerana gagal mendapat pelawat.
*****************************************************
Bagaimana Mendapatkan Trafik ke Laman Web?
*****************************************************
Sudah pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara mendapat trafik ke
laman web? Secara ringkasnya, ia terbahagi kepada dua, iaitu
teknik percuma & teknik berbayar.
***********************************************
Contoh Teknik Percuma Menjana Trafik
***********************************************
=> Menulis post dan artikel di blog secara konsisten.
=> Aktif di forum-forum berkaitan dengan jenis perniagaan yang anda
jalankan, contohnya Wangcyber.com, Wanitaniaga.com
=> Bersosial di laman sosial media seperti Facebook & Twitter.
=> Meninggalkan komen berkualiti(berbentuk cadangan & penghuraian)
di blog-blog orang lain
************************************************
Contoh Teknik Berbayar Menjana Trafik
************************************************
=> Sewa iklan di medium pengiklanan seperti Google Adwords ,
Facebook Ads
=> Sewa ruangan pengiklanan banner di blog-blog bertrafik tinggi,
serta berkait rapat dengan jenis perniagaan anda.
=> Sewa ruangan pengiklanan di forum-forum.
Kami harap dengan membaca emel ini, memberikan manafaat untuk
anda.
Jumpa lagi di emel seterusnya!
Aqif Azizan & Hasbul Aqill,
Flarebiz Network Sdn. Bhd.
******
Email ini di hantar kerana anda subscribe dengan Flarebiz Network
di salah satu laman web kendalian kami. Di sini maklumat anda:
Nama:
Email:
Tarikh Subscribe:
Pihak kami berharap anda enjoy dengan email kami dan anda boleh
unsubscribe daripada pihak kami pada bila-bila masa sahaja.
FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jMzsDOwsHLQsbOwMnGyMDLRmtJxMbGxMzIw=
0 ulasan:
Catat Ulasan