Assalamualaikum & Salamsejahtera
Hk, tips saya pada kali ini ialah berkenaan
"Viral Marketing".
Kita akan cuba memahaminya satu per satu dan perlahan-lahan
kerana ia mengandungi banyak fakta menarik dan di akhir
email ditunjukan contoh viral marketing idea. OK?
Baik... untuk memahaminya saya mulakan dengan cerita kerana
melalui cerita ia mudah difahami.
Ditempat saya ini ada 6 ~ 7 buah restoran tetapi hanya satu
restoran sahaja yang saya selalu pergi sebab tosei dia sedap
dan sarapan pagi yang paling saya suka ialah "tosei garing"
cicah chutni.
Bukan saya seorang tapi satu keluarga termasuklah Nurul
Nadhirah, anak perempuan saya yang bongsu berumur 3 tahun.
Tapi email ini bukan pasal tosei... tetapi konsep "Word of
Mouth".
Saya ulangi Word Of Mouth ataupun Pemasaran Mulut.
Pemasaran Mulut biasanya mempunyai kredibiliti yang lebih
besar kerana ia datang dari sumber maklumat yang dipercayai
seperti ahli keluarga, kawan-kawan atau rakan pejabat dan
sebagainya.
Sebab itu saya selalu beli tosei dari restoran tersebut.
Asalnya kawan yang ajak, bila saya rasa sedap... saya pun
ajak kawan yang lain dan seterusnya.
Didalam dunia online ianya dikenali sebagai...
"VIRAL MARKETING"
Konsepnya sama cuma yang berbeza ialah medium cara
berkomunikasi dan sudah semestinya IMPAKnya lebih besar dan
luas.
Mari kita lihat apakah medium viral marketing ini dan
potensinya.
1. Email - 2.5 billion email
2. Video (YouTube) - 490 juta unik pengguna sebulan
3. Twitter - 200 juta pengguna users
4. Facebook - 500 juta aktif pengguna
Hk, medium ini telah merubah cara kita
berintekrasi, beraktiviti, bersocial dan sebagainya.
Jadi apa pun bentuk perniagaan online/offline yang
Hk kendalikan, samaada:
[+] Fiverr
[+] Jual Batik
[+] Jual Cake
[+] Jahitan
[+] Adsense
[+] Affiliate
[+] ClickBank dan sebagainya
Jangan lepaskan peluang untuk mengunakan potensi viral
marketing ini. Untuk mendapatkan idea berkenaan viral
marketing. Ini adalah beberapa elemen penting:
[+] keseronokan/keterujaan
[+] Imaginasi
[+] Satu kejutan
[+] Tidak tersangka
[+] Kontroversi
Sekarang kita akan lihat bagaimana sesuatu peristiwa boleh
menjadi viral dengan menggunakan salah satu elemen
tersebut.
===========================================================
Viral Marketing Study Case
===========================================================
Satu buah keluarga di Amerika yang mana rumah mereka
dimasuki pencuri dan ianya mendapat liputan di berita tv.
kemudian ia menjadi viral di internet.
Hk lihat video berita ini yang mendapat
34,767,306 views
Salah seorang dari pengguna youtube telah menukar perbualan
ini menjadi sebuah lagu remix RAP yang begitu kreatif.
Sekarang lihat video ini pula yang mendapat 20,354,864
views
Pada video diatas, Hk akan lihat dibahagian
description ada pautan ke iTunes.
[Bed Intruder Song (feat. Kelly Dodson) - Single]
=> itunes.apple.com/us/album/bed-intruder-song/id386478006
Dan lagu ini telah dijual dengan harga $1.29 per download.
Katakan 1% dari 20 juta ini membeli dan download lagu ini,
maka hasil jualan ialah
20,000 x $1.29 = usd $25,800
Ini adalah IMPAK dari viral marketing melalui medium email,
youtube, twitter dan facebook.
Saya harap Hk mendapat manfaat dari tips
percuma ini. Gunakan kreativiti dan imiginasi
Hk untuk menjana pendapatan melalui konsep
viral marketing.
Pada tips seterusnya saya akan menerangkan bagaimana anda
boleh aplikasikan teknik ini dengan lebih lanjut melalui
twitter dan facebook.
Sehingga berjumpa lagi... InsyaAllah.
Yang Ikhlas,
Nawar
Jana-Wang-Adsense.com
KunTaoMarketing.com
P.S. Saya percaya 99% dari subscriber saya ada akaun twitter
dan facebook. Hanya seorang sahaja yang tidak ada iaitu...
Saya :-)
Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor 43000, MALAYSIA
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?LKzMDJwMtCycLMycrBzMtEa0jAyM7MycDIw= |
0 ulasan:
Catat Ulasan