RSS

5 Sebab Mengapa Blog Walking adalah WAJIB dan Mengapa Helmi Tidak Melakukannya?

Salam Helmi,

Berdasarkan pengalaman peribadi dan beberapa rakan blogger yang lain
malahan blogger di seluruh dunia,hampir semua menyatakan bahawa promosi
blog paling utama dan paling memberikan kesan mendalam dalam usaha
mendapatkan "trigger" sebagai seorang blogger, terutamanya buat newbie
blogger adalah dengan cara blog walking.

Blog walking adalah istilah di dalam dunia blogging yang bermakna
aktiviti rutin mengunjungi blog penulis lain dan meninggalkan jejak
dalam bentuk pesanan atau komen pada blog yang dikunjungi tersebut.
Komen yang anda tinggalkan haruslah sesuai dengan isi kandungan post
yang ditulis. Jika penulisan berkaitan bola, jangan lah pula anda
meninggalkan komen berkaitan bajet tahunan 2010. :P

Newbie blogger dan juga problogger perlu melakukan blog walking
dalam satu rutin yang tetap, melainkan anda sudah puas hati dengan
kehadiran trafik ke blog anda sekarang jadi rasanya anda tidak perlu
menghabiskan bacaan email saya pada kali ini.Berikut merupakan 5 sebab
mengapa anda perlu melakukan blog walking :

1. Benchmark: Mungkin kandungan bacaan di setiap blog yang anda
lawati mampu membantu anda menghasilkan blog post yang lebih baik
hasil dari "pemantapan" pengetahuan yang anda perolehi dari blog-blog
terkemuka.

2. Perkongsian Ilmu: Ketika anda meninggalkan komen yang bernas
anda sebenarnya meinggalkan perkongsian bijak bersama penulis blog
dan pembaca blog tersebut. Perkongsian ilmu ini membantu anda dan
penulis/pembaca blog yang lain mengembangkan sesuatu pengetahuan
dalam dalam masa yang sama satu teknik personal branding yang bagus
untuk diri anda.

3. Kunjungan Semula: Ini merupakan sebab utama mengapa blog walking
dilakukan, namun harus kita ingat tidak bermakna kunjungan pertama
kali kita akan membuahkan hasil. Hatta, sehingga kini tidak pernah
blog saya dikunjungi oleh John Delavera, Patric Chan mahupun Ifran Khairi
meskipun sudah beratus kali saya mengunjungi blog mereka. Ini kerana
respon setiap individu yang sudah mempunyai branding sendiri adalah
berbeza dengan blogger di tahap permulaan ataupun pertengahan. Namun,
sebab #2 akan membantu anda membina personal branding di dalam blog
individu yang sudah stabil. Jadi jangan berhenti melawat blog "otai2".

4. Promosi: Jika anda mempunyai produk/sevis yang ingin ditawarkan
aktiviti promosi ini boleh dilakukan semasa rutin blog walking. Namun
saya sama sekali tidak menggalakkan anda berterusan membuat promosi
tanpa menghiraukan privasi pemilik blog. Tidak semua pemilik blog suka
dengan promosi yang dilakukan di dalam blog mereka. Jadi sila pastikan
anda tahu masa dan tempat yang sesuai untuk mempromosikan produk/servis
anda.

5. Meningkatkan jumlah komentator: Meskipun jumlah komen tidak
menunjukkan kualiti sesebuah blog,namun bagi newbie blogger ianya
sering menjadi antara sebab utama blog walking dilakukan.Kebiasaannya
saya sendiri akan meninggalkan komen di dalam blog pelawat yang
meninggalkan komen di dalam setiap kunjungan mereka.Sebenarnya, komen
boleh membuatkan penulis bersemangat untuk meneruskan penulisan mereka
kerana secara nyata dengan kehadiran komentator menunjukkan blog mereka
dikunjungi dan post yang ditulis mendapat perhatian pelawat blog.

Sebenarnya ada pelbagai lagi sebab mengapa setiap kali selepas
saya membuat post baru di dalam blog saya akan melakukan rutin
blog walking. Tambahan pula blog saya tidaklah mempunyai kunjungan
ribuan orang dalam tempoh sehari jadi, maka blog walking akan kekal
menjadi rutin yang membantu saya mendapatkan pembaca untuk setiap
post yang di mata saya menarik untuk dibaca :D

Sekian sahaja perkongsian dari saya untuk minggu ini. Terima kepada
Helmi kerana sudi add saya sebagai kawan di Facebook. Jika
tidak melakukannya lagi anda buleh lakukannya sekarang.

http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=W8D6&mc=f&s=SsmFv&y=4&

Ikhlas,
Catzer
=================================================================
p.s-Adakah anda ingin memulakan perniagaan offline sendiri namun
tidak mempunyai sebarang produk ataupun anda ingin menambah produk
sedia ada? Saya sedia membantu anda.

p.s-Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan personal couching
berkaitan Wordpress dan perniagaan internet sila hubungi saya segera.
Saya akan outstation dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
=================================================================


Profit Internet Solutions, No 31 Jalan Bubu 19/27 Seksyen 19, Shah Alam, Selangor 40300, Malaysia

--
To unsubscribe visit:
http://getresponse.com/unsubscribe.html?x=a62b&m=VRGu&s=SsmFv&y=G&

To change your contact details visit:
http://getresponse.com/change_details.html?x=a62b&s=SsmFv&y=v&

0 ulasan:

Preview

Finally, you've found a website that gives HONEST information about making money on the Internet, and shows you how to avoid the common Internet money making scams that are plaguing cyberspace. If you're looking for a get-rich-quick scheme, you won't find any information like that here. There's no such thing as "getting rich quick" on the Internet and if anyone has told you it's possible, they're lying to you. After earning a nice income on the web since 1998, I can show you what works and what doesn't. These articles below will provide good insight on how to experience your own online success. Enjoy.

"Orang berlari, sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba juga berlari, sebaliknya jadilah seperti sang kura2, bergerak mengikut kapasiti yang ada, yang penting.. SAMPAI!"
 
Copyright 2009 Helmi Kimsui Menulis.. All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes