RSS

Re: NetWorld Company Profile (Cover Page)

Helmi,

1. Aku rase buat mase skrg nak buat domain n hosting aku pon takde duit. Kalo nak ikut aku dah 3 bulan takde gaji tetap. Aku skrg di KL tgh ulang alik jumpe org nak cari project utk tolong family aku di KL...... Tp ape yg kite boleh buat skrg ialah beli domain RM55 kat exabytes.. pastu kite pakai blogspot jer. Cam aku buat tuk website NF team learning. Kita half2 dulu la sorang RM27.50. Aku skrg nak isi minyak kete RM10 nak jumpe client pon pikir 2 3 kali.

2. Borang kaji selidik tu camne? Aku tak paham.. Bole aku tahu kenape kene buat? Dan apa rational kalau kita buat. (Minta maaf kalo bunyi agak tegas. Sebab bg aku kalo keje yg aku rasa tak perlu buat aku akan ckp.. Harap ko faham)

3. Ni, pandangan aku, dari segi management nie baik ko yg handle. Cam buat Borang ni. Kalo ko tak keberatan la. Cos, bagi aku focus tuk siapkan company profile and website. Sebab. Tiap2 hari aku bgn kul 8am buat keje sampai 10pm. Kalo ko perasan la setiap kali aku email ko mesti kul 3-4 pagi.. Aku mmg tak suke merungut. Tp harap ko faham situasi aku. Buat masa skrg nie aku tgh kumpulkan 2-3 designer yg boleh buat design utk memudahkan keje aku tuk NETWORLD.

Helmi camni la, Kalo nak ikutkan plan aku, aku akan g Sabah pd 22nd february. Buat mase nie, kalo tak keberatan biar aku tlg keluarga aku dulu sebelum aku pulang ke Sabah. Tp dlm masa nie aku akan cuba siapkan website kite. Harap ko faham.. Thank you...

Regards,

FAHMI FARID
NetWorld Design

On Jan 21, 2010, at 3:58 PM, helmi kimsui wrote:

wsalam fahmi..
 
alhamdulillah.. ok jgk company profile ni.. cuma,
 
1. kita perlu bina kredibiliti.. ko tau tak macamana? kita kena buat website untuk networld design tu n setkan di dalam testimoni pelanggan2 terdahulu.. ala, ko mesti tau punya.. tapi benda ni kene kuar modal.. untuk pengetahuan ko, kalau kuar duit ni, aku takde fahmi.. jadi kalau boleh ko tolong dulu lah ye.. beli domain n hosting tu. kalau boleh domain tu networld.com/networlddesign.com - ko beli je domain n hosting tu kat sempoihosting.com
 
2. ko tolong create satu borang macam borang kaji selidik untuk buat web tu.. ko tau kan macamana?
 
3. lagi satu, kita kena buat satu borang kontrak, antara kita dengan pelanggan yang kita akan ikat kontrak selama 1 tahun (mungkin 2 tahun) untuk menjadi webmaster pelanggan ni.. ini penting untuk kredibiliti dan kemajuan syarikat kita..
 
4. kita kena create lagi profile company dengan lebih banyak.. profile syarikat, umur syarikat, senarai pekerja, mengenai pekerja, contohnya, profile mengenai ko sebagai designer/manager n aku sebagai pegawai pemasaran..
 
kalau ko ada idea lain atau ada yang tak jelas, sms/call/email aku ye..
 
Thanks..
 
NetWorld Design
 
 


 
On 1/19/10, FAHMI FARID <fahmifarid@gmail.com> wrote:
Akum Helmi,

 
Aku dah buat 5 page company profile. Detailnye seperti dibawah:

 
Page 1: Logo Design
Cakap la kita boleh design dari style funky design cam intancuppies ke corporate image cam Avanova logo. 

 
Page 2: Website Design 1
Sync Rnd- Website engineering company. Diorg design monorail kat KL. 
Adestech- Website company software supplier. Diorg nie supply 3D software kat company cam Modenas, Naza, and Mimos.

 
Page 3: Website Design 2
Galeri diraja- Website galeri diraja Selangor dibawah Sultan Selangor. Galeri nie kat Klang menyimpan barang2 tinggalan diraja.
NF Team Learning- Website training consultant company. Mengajar technique bekerja sepasukan

 
Page 4: Blog Design
Intancuppies- Blog a famous Cupcakes company in KL.
Promo*Mall- Blog jual barang2 cam ebay tp style Blog

 
Cakap la our designer ade 3 years experience design website. Dari Design > Coding > Publish. Biasenye website mengambil masa 1 1/2 bulan. Tapi up to client bila die nak. Kalo HTML 15 pages biasanye RM1500. So, 1 page RM100. Only for design tak termasuk exabyte cost. Kalo nak animation atau flash RM 200 perpage. Kalau nak best cakap la ade designer 3 orang based kat KL. And kalo diorg nak buat graphic design pon boleh. Papehal nanti bgtau aku.

 
Regards,

 
FAHMI FARID
Networld Design
<NW Company Profile-01.jpg>


0 ulasan:

Preview

Finally, you've found a website that gives HONEST information about making money on the Internet, and shows you how to avoid the common Internet money making scams that are plaguing cyberspace. If you're looking for a get-rich-quick scheme, you won't find any information like that here. There's no such thing as "getting rich quick" on the Internet and if anyone has told you it's possible, they're lying to you. After earning a nice income on the web since 1998, I can show you what works and what doesn't. These articles below will provide good insight on how to experience your own online success. Enjoy.

"Orang berlari, sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba juga berlari, sebaliknya jadilah seperti sang kura2, bergerak mengikut kapasiti yang ada, yang penting.. SAMPAI!"
 
Copyright 2009 Helmi Kimsui Menulis.. All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes