Email saya pada minggu lepas telah membincangkan
"Make Money Online". Pada kali kita sambung pula topik
"Build a real internet business"
Bagi "Build a real internet business" pula ialah, ia lebih bersifat
jangka masa yang panjang. hk tak akan mendapat hasil
seperti yang diidam-idamkan dalam masa yang singkat.
Banyak pengorbanan seperti masa, wang dan tenaga yang
harus dikeluarkan terlebih dahulu.
Sebagai contoh dalam membina perniagaan internet yang
sebenar ialah penjualan e-book atau produk digital informasi
yang lain.
Sebelum hk menjual e-book tersebut banyak perkara
yang harus anda lakukan terlebih dahulu.
hk perlu melakukan kajian dari segi permintaan, buat keyword
research. Kemudian cari penyelesaian masalah bagi
pasaran yang hk nak libatkan diri dalam bentuk tawaran produk hk.
Seterusnya hk harus cipta dan bangunkan produk atau
perkhidmatan yang boleh hk tawarkan di pasaran tersebut.
Dan seterusnya barulah hk lakukan aktiviti promosi secara
berkesan dan aktif.
Memang banyak kerja. Siapa cakap nak bina perniagaan internet
ni senang.
Memang susah. Saya sendiri tak nafikannya. Ada kemungkinan
besar dalam masa setahun pun belum tentu hk akan breakeven.
Breakeven bermaksud segala modal yang telah hk keluarkan
(tak termasuk modal membeli ebook-ebook dan panduan bisnes internet
untuk tujuan pembelajaran) akan 'dikembalikan' kepada hk
melalui hasil jualan produk anda tersebut. Kira balik modal lah
maksudnya tu.
Saya sendiri dah berhabis ribuan ringgit untuk membeli produk
panduan nak buat bisnes internet, segala tools-tools dan termasuk
sekali modal sebenar untuk tujuan pembinaan perniagaan internet saya
seperti membeli domain dan hosting, upah designer serta modal pengiklanan.
Kalau hk dah rasa takut atau kecut perut baca email saya ni,
terus-terang saya katakan perniagaan internet bukan untuk hk.
hk juga haruslah menjadi seorang yang mampu berdikari dan
ada perancangan yang tersendiri dalam mengatur strategi-strategi
pembinaan perniagaan internet hk.
Jika hk tidak gentar dengan dugaan-dugaan yang bakal hk
tempuhi seperti yang telah saya nyatakan di atas.
Ayuh! Teruskan usaha hk dalam mencapai cita-cita hk dalam
dunia perniagaan internet ini.
Ebook adalah salah-satu produk sahaja yang boleh anda jual
di internet. Selain ebook produk fizikal juga boleh dijual di internet.
Bertemu kita lagi dalam email saya yang seterusnya....
Saya akan berkongsi bersama hk mengenai model-model
perniagaan internet yang ada dan harus hk fahami satu-persatu
daripadanya dengan jelas.
Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
Awas, dengan menekan butang Unsubscribe, hk tidak
akan menerima apa-apa email lagi daripada saya.
Minden Heights, Gelugor, Penang 11700, MALAYSIA
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?jAzsbJxsLLQsHIxsbIwMzLRmtCwcrKwsDAw= |
0 ulasan:
Catat Ulasan