Hk, apa khabar hari ini? Saya harap anda sihat
dan gembira sentiasa di samping keluarga dan tugasan
harian anda.
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai penulisan
Surat Jualan atau dikenali sebagai Sales page/Webcopy.
Tahukah anda surat jualan adalah nadi bagi sesebuah
website atau minisite jualan? Ia seumpama jurucakap bagi
sesebuah website jualan, jika lemah 'jurucakap' tersebut
maka akan kuranglah tarikan kepada para pengunjung.
Saya pernah berkongsi 2 artikel tentang teknik penulisan
surat jualan ini 2 tahun lepas di blog saya. Anda mungkin
boleh rujuk semula artikel saya tersebut di
Surat jualan yang efektif dan membunuh mampu mencuri
perhatian pengunjung sekaligus menukar mereka dari status
pengunjung kepada pembeli.
Manakala surat jualan yang bermasalah boleh menyebabkan
kadar jualan menjadi rendah dan lebih malang pengunjung
meninggalkan website sebelum membaca apa yang anda tulis!
Di antara ciri-ciri surat jualan yang lemah dan bermasalah
ialah :
1. Format website/minisite yang berserabut.
2. Surat jualan yang syok sendiri.
3. Surat jualan yang tidak memiliki elemen asas (sila
rujuk blog saya)
dan banyak lagi. Saya akan tulis lagi baki ciri-ciri
surat jualan yang lemah dan bermasalah di dalam email
saya yang seterusnya.
Paling menarik - anda mampu menjana wang hanya dengan
kebolehan menulis saja! Ya, anda boleh menjadi Copywriter
dengan mengambil upah menulis surat jualan! Memang menarik
tetapi memerlukan kepada bakat dan kemahiran menulis
surat jualan. Jangan bimbang. anda mungkin boleh mengasah
bakat menulis anda itu nanti...
Jika anda ingin membaca artikel terbaru saya mengenai
Surat Jualan, anda bolehlah ke blog saya di
dan jangan lupa meninggalkan komen atau pendapat anda
atau mungkin juga cadangan dan soalan mengenai topik yang
sedang kita bincangkan.
Semoga maklumat ini membantu Hk,
Ikhlas,
Abooain
www.abooain.com
www.plrseries.com
www.pakejkitblogger.com
p.s - Insya-Allah, satu bengkel Surat Jualan akan diadakan
di KL pada bulan November nanti. Maklumat lanjut akan saya
salurkan di blog saya malam ini.
Facebook - http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=82W0&mc=f&s=wEfVr&y=C&
Twitter - http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=82WO&mc=f&s=wEfVr&y=I&
Alhusna Gallery, Lot 530, KM10, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan 16010, Malaysia
--
To unsubscribe visit:
http://getresponse.com/unsubscribe.html?x=a62b&m=OVuR&s=wEfVr&y=f&
To change your contact details visit:
http://getresponse.com/change_details.html?x=a62b&s=wEfVr&y=r&
0 ulasan:
Catat Ulasan