Salam hk..
  
 Hari ini saya nak kongsi petua murah rezeki..Baca ye..= ) 
 
  
  
  
 1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah 
 Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. 
 Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
 Nya dalam hadis qudsi: 
 "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
 membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 
 2. Memperbanyak istighfar 
 Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
 Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. 
 Sabda Nabi s.a.w.:
 "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
 menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,
 Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
 r.a.) 
 3.Tinggalkan perbuatan dosa 
 Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
 saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. : 
 "... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
 yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi) 
 4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
 Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya: 
 "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
 mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28) 
 5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa 
 Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
 siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
 berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
 Baginda s.a.w. juga bersabda: 
 "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
 Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) 
 Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. : 
 "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
 nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 
 6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah 
 Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
 dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. : 
 "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
 orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari) 
 7.Tunaikan hajat orang lain 
 Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: 
 "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim) 
 8.Banyakkan berselawat 
 Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
 tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
 kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
 terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam. 
 9. Buat kebajikan banyak-banyak 
 Ibnu Abbas berkata: 
 "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
 rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
 Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
 melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya." 
 10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari) 
 Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
 sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki. 
 10.Bangun awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari) 
 Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
 sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki. 
 11.Menjalin silaturrahim 
 Nabi s.a.w. bersabda: 
 "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari) 
 12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk 
 Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda: 
 "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid) 
 13.Selalu Bersedekah 
 Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: 
 "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.) 
 14.Selalu bangun solat malam (tahajud) 
 Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT) 
 15.Selalu menunaikan Solat Dhuha 
 Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi: 
 "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani) 
 16.Bersyukur kepada Allah (SWT) 
 Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman: 
 "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) 
 Firman-Nya lagi: 
 "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145) 
 17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu 
 Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. 
 Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. 
 Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah (SWT) ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." 
 Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam. 
 18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah